Tahniah kepada warga SKFJB kerana telah menjuarai 4 dari 8 kategori yang terpilih dalam pertandingan keceriaan sempena hari guru peringkat daerah hulu terengganu.
Kategori yang masih kekal dijuarai ialah Kelas Kondusif dan makmal ICT
Manakala pada tahun ini dua lagi kateori yang dapat mencuri hati panel penilai ialah Makmal Sains dan Pejabat Sekolah
Semoga dengan kemenangan ini membawa suntikan semangat menjadikan suasana SKFJB penuh ceria dalam menyampaikan wadah pembelajaran kepada pelajar. InsyaAllah
Tahniah..
Halaman
Test
PENGENALAN SEKOLAH | SUDUT PENTADBIRAN | SUDUT ICT | LAIN-LAIN KATEGORI |
• Sejarah, Cogan Kata (Moto), Visi,
• Piagam Pelanggan, dan Objektif Sekolah • Lagu Negaraku, Terengganu, dan Sekolah • Logo dan Bendera Sekolah |
• Dari Meja Guru Besar
• Carta Organisasi Pengurusan • Sistem Staf dan Alumni |
• Aduan Kerosakan
• Tempahan Makmal ICT • YouTube Rasmi • Muat Turun Kertas EXAM |
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid • Pendidikan Islam (Dakwah) • KO-Kurikulum • PiBG |
Monday, May 28, 2012
Sunday, May 20, 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 (26 Mei 2012)
" Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " tema hari guru tahun ini.
16 Mei 2012 ( Rabu )warga SKFJB telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan bacaan Yasin di dewan Al Bukhari kemudian diikuti dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri, lagu Guru Malaysia, lagu tema Hari Guru 2012 dan Bacaan Ikrar Guru.
Sambutan hari guru diserikan lagi dengan aktiviti mengupas kelapa, memasukkan benang ke dalam jarum, mengupas kulit epal, menghatar belon ( passing ) secara berkumpulan dan di akhiri dengan pertandingan memancing. Majlis kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran wakil PPD iaitu En Azeman Othman selaku pegawai perhubungan sekolah.
Tepat jam 11.00 pagi semua guru dan murid berkumpul di dewan sekali lagi untuk mengikuti siaran langsung sambutan hari guru peringkat kebangsaan.
Majlis bersurai setelah acara penyerahan hadiah kepada guru dan pemenang pertandingan diagihkan. Majlis diserikan dengan anugerah kepada guru-guru dengan pelbagai kategori.
Label:
Guru dan Kakitangan
Thursday, May 17, 2012
Pertandingan Keceriaan
Antara kategori yang dipilih ialah
1. Tandas
2. Kantin
3. Kelas Kondusif
4. Kelas Prasekolah
5. Kelas Pemulihan
6. Makmal Sains
7. Makmal Komputer
8. Bilik Guru
9. Pejabat
10. Pusat Sumber Sekolah
11. Landskap
Sebanyak penambahan 4 kategori yang dipilih pada tahun ini iaitu Pejabat, bilik guru, Bilik pemulihan dan Landskap. Untuk rekod pada tahun lepas skfjb telah mengungguli kategori Kelas Kondusif dan Makmal Komputer.
Harapan kita semua agar ada sinar baru pada tahun ini dengan penambahan beberapa kategori lagi dan dengan semangat dan kerjasama daripada warga sekolah yang amat memberangkan dengan pelbagai bentuk sumbangan dan pengorbanan termasuk tenaga, idea, masa dan kewangan menjadi penggerak kepada para panel penilaian untuk memilih setiap kategori yang dipertandingakan dengan memberi keputusan yang meihak kepada sekolah kita. InsyaAllah.
Terima kasih semua, semoga jasa bakti semua akan mendapat balasan setimpal daripada Allah s.w.t dan semoga amalan ini akan berterusan bukan sahaja untuk pertandingan semata-mata kerana Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.
1. Tandas
2. Kantin
3. Kelas Kondusif
4. Kelas Prasekolah
5. Kelas Pemulihan
6. Makmal Sains
7. Makmal Komputer
8. Bilik Guru
9. Pejabat
10. Pusat Sumber Sekolah
11. Landskap
Sebanyak penambahan 4 kategori yang dipilih pada tahun ini iaitu Pejabat, bilik guru, Bilik pemulihan dan Landskap. Untuk rekod pada tahun lepas skfjb telah mengungguli kategori Kelas Kondusif dan Makmal Komputer.
![]() |
Kelas Kondusif |
![]() |
Landskap |
![]() |
Bilik Pemulihan |
![]() |
Bilik GBS |
![]() |
Kelas Prasekolah |
Subscribe to:
Posts (Atom)