Sejarah, Cogan Kata (Moto), Visi, Piagam Pelanggan, dan Objektif Sekolah


Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat telah dibuka secara rasmi pada tanggal 01 Januari 1984, Ahad. Ketika itu sekolah ini hanya dilengkapi dengan sebuah bangunan batu (blok A) dan bangunan kayu. Pada tahun 1995 bangunan blok B setinggi 3 tingkat telah siap dan mula digunakan sepenuhnya.

Pada mulanya Sekolah Kebangsaan FELDA Jerangau Barat hanya mempunyai seramai 154 orang murid yang terdiri dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Tenaga pengajarnya pula hanya seramai 7 orang sahaja. Guru besar pertama ialah Encik Yusof bin Ngah yang mula berkhidmat dari 01 Januari 1984 hingga 21 September 1986.

Keseluruhan pelajar yang belajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak peneroka FELDA Jerangau Barat. Taburan perkampungan pelajar  adalah terdiri daripada Perkampungan Peringkat Satu yang terdiri daripada sebelas (11) blok penempatan. Jarak dari rumah kediaman pelajar ialah dari 500 miter hingga 3 kilometer. Peringkat Ke-2 pula terdiri daripada 2 blok perkampungan. Jarak dari sekolah ialah antara 3 hingga 4 kilometer. Peringkat Ke-3 pula pula terdiri daripada 2 blok perkampungan dan jarak dari sekolah ialah antara 4 hingga 5 kilometer. Peringkat seterusnya ialah Peringkat 4 yang terdiri daripada 2 blok perkampungan. Jarak dari sekolah ialah lebih kurang 5 hingga 6 kilometer.



" Jjadi Pulok SKFJB "




Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara



Adalah kami, warga SKFJB bersedia memberikan perkhidmatan berkualiti kepada:

MURID

  1. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran asas yang dimatlamatkan dalam pendidikan sekolah rendah.
  2. Menyediakan peluang untuk setiap individu memperkembangkan potensi diri berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah.
  3. Memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan murid dijaga dengan baik sepanjang masa mereka berada di sekolah.

GURU / STAF SOKONGAN

  1. Kebajikan dan keselamatan guru / staf SKFJB dijaga dengan baik.
  2. Setiap guru / staf mendapat pelunag untuk meningkatakan kompetensi melalui latihan terancang sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
  3. Sumber untuk mejalankan tugas dibekalkan secukupnya kepada setiap guru / staf berdasarkan kepada keperluan dan skop tugas.

PPD / JPN / KPM

  1. Setiap arahan yang diterima diberikan makluman balas dalam tempoh tidak lebih daripada 3 hari.

IBU BAPA / KOMUNITI
  1. Memastikan setiap urusan berkaitan dedngan murid dan sekolah diselesaikan dalam tempoh tidak lebih daripada 3 hari.


  • Memastikan murid-murid menguasai kemahiran 3M serta meningkatkan prestasi dan kreaviti murid.
  • Membentuk sahsiah pelajar dari segi disiplin, kepimpinan, beretika serta berketerampilan.
  • Mencungkil, mempertingkatkan dan mengembangkan bakat dan potensi murid.
  • Menyedia prasarana serta merancang dan melaksanakan aktiviti agar semua objektif sekolah dapat dicapai.
  • Menguruskan dan meningkatkan kualiti sumber manusia (guru dan bukan guru).
  • Melibatkan komuniti setempat bagi memastikan murid-murid mendapat pendidikan terbaik dan sempurna.


SENARAI GURU BESAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...