Thursday, July 17, 2014

Perpisahan dan Pertukaran Guru Besar SKFJB Ke-13 (8 Julai 2014)

8 Julai 2014 - SK Felda Jerangau Barat dengan rasa dukacitanya telah kehilangan seorang insan yang amat bermakna bagi kita semua, di mana Guru Besar SKFJB Pn. Hjh. Zaiton bt. Mohd. Yusoff, akan berpindah ke SK Bukit Besi, Dungun untuk bertugas di sana sebagai Guru Besar yang baru.

Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, SK Felda Jerangau Barat telah banyak mendapat pelbagai jenis pengiktirafan dan anugerah-anugerah yang membawa sekolah ini ke persada kebangsaan dan serta di negeri Terengganu hasil sumbangan bakti beliau. Beliau memulakan tugasnya di sekolah ini bermula pada 16 September 2011 dan berakhir pada 8 Julai 2014 sebagai guru besar sekolah yang ke-13.

Perpisahan adalah suatu fenomena yang berat, menghampakan serta menghayat hati kepada kita semua, namun tugas-tugas penting yang diamanahkan kepada beliau (sebagai seorang guru) mesti juga diteruskan agar demi menjaga masa depan murid-murid sekolah ke arah keadaan yang berpositif serta berwawasan tinggi.

Justeru itu, kami warga SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan selamat berpisah, selamat bertukar dan selamat bertugas kepada Mantan Guru Besar Pn. Hjh Zaiton serta ucapan jutaan terima kasih yang tidak berbelah bagi kerana jasa besar beliau di sini.

Majlis Perpisahan Guru Besar
Lokasi: Dewan SK Felda Jerangau Barat
Tarikh: 8 Julai 2014
Lihat koleksi foto lain di SINI.

Video Perpisahan:

Majlis Penghantaran Mantan Guru Besar Ke SK Bukit Besi
Lokasi: SK Bukit Besi
Tarikh: 9 Julai 2014
Lihat koleksi foto lain di SINI.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...