Thursday, November 27, 2014

Tahniah kepada pelajar yang mendapat 5A! (26 November 2014)

Peristiwa: Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2014
Tarikh: 26 November 2015
Hari: Ahad
Lokasi: Dewan Al-Farabi SK Felda Jerangau Barat

27 November 2015 - Pada Oktober 2014 yang lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Datuk Dr Khair Mohamad Yusuf telah mengumumkan bahawa keputusan UPSR bagi sesi 2014 akan dikeluarkan pada 26 November 2014 bagi seluruh sekolah rendah di Malaysia. Dan pada 26 November 2014, SK Felda Jerangau Barat telah menerima keputusan UPSR tersebut dari pihak kementerian pendidikan untuk diserahkan kepada semua murid-murid tahun 6 sekolah ini.

Daripada 34 orang calon, seramai 7 orang calon berjaya mendapat 5A di dalam UPSR tahun 2014. Pihak sekolah dengan rasa sukacitanya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan mereka ini. Bagi yang gagal memperolehi kejayaan ini, tiada lagi istilah kegagalan kerana mereka boleh menebus balik kegagalan ini di alam persekolahan menengah di dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

Untuk mendapatkan info:
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Thursday, November 20, 2014

Jamuan Akhir Tahun Kesyukuran dan Perpisahan Guru & Kakitangan 2014 (19 November 2014)


Peristiwa: Jamuan Akhir Tahun Kesyukuran dan Perpisahan Guru & Kakitangan 2014
Tarikh: 19 November 2014
Hari: Rabu
Masa: 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi: Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu

20 November 2014 - Pada 19 November 2014 yang lepas, SK Felda Jerangau Barat telah menganjurkan satu majlis tahunan pada setiap akhir tahun iaitu "Jamuan Akhir Tahun Kesyukuran dan Perpisahan Guru dan Staf". Majlis ini diadakan adalah dengan bertujuan untuk meraikan kejayaan-kejayaan sekolah serta menyambut pengakhiran bagi tahun 2014. Kesemua kakitangan dan kakitangan, guru dan beberapa dif-dif jemputan hadir ke majlis ini bagi memeriahkan majlis akhir tahun ini.

Selamat menyambut akhir tahun dan jumpa lagi tahun depan. Terima kasih kepada semua yang sudi menghadiri majlis yang indah ini.
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Wednesday, November 19, 2014

Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran 2014 Kanak-Kanak Tadika Terengganu (18 November 2014)

Peristiwa: Majlis Khatam Program Pintar Al-Quran 2014 Kanak-Kanak Tadika Terengganu
Tarikh: 18 November 2014
Hari: Selasa
Lokasi: Dewan Akademi Binaan Malaysia, Kuala Berang
Perasmian oleh: Y.B. Dato' Haji Rozi b. Haji Mamat

Tuesday, November 18, 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014 (16 dan 17 November 2014)


Peristiwa: Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014
Tarikh: 16 dan 17 November 2014
Hari: Ahad dan Isnin
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SK Felda Jerangau Barat
Perasmian oleh:
1) Guru Besar SK Felda Jerangau Barat, En. Sabri b. Saad (16 November 2014)
2) Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin b. Haji Ali Hussin, P.J.K. (17 November 2014)

18 November 2014 - Pada 16 dan 17 November 2014 yang lepas, SK Felda Jerangau Barat telah menganjurkan satu majlis tahunan yang mana selalu diadakan pada setiap penghujung persekolahan (akhir tahun) iaitu "Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan". Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta memberi hadiah kepada murid-murid sekolah yang telah berjaya mendapat keistimewaannya masing-masing sepanjang tahun 2014 di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Majlis ini diadakan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari, dan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Felda Jerangau Barat En. Sabri b. Saad untuk pada hari pertama, dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu Tuan Haji Shafruddin b. Haji Ali Hussin, P.J.K. untuk pada hari kedua. Majlis ini dirakamkan dan disiarkan melalui inovasi sekolah yang telah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah iaitu Citra TV.

Antara dif-dif jemputan yang hadir ke majlis ini ialah para ibu bapa murid sekolah, tuan pengurus Felda Jerangau Barat, YDP PIBG En. Bukharim b. Daud dan lain-lain lagi. Kami ingin mengucapkan terima kasih berbanyak-banyak kerana dapat sudi untuk menghadirkan diri ke majlis kami yang sederhana ini. Terima kasih.

Antara aturcara majlis yang diadakan pada hari kedua (17 November 2014):
  • Ketibaan dif-dif jemputan
  • Nyanyian lagu 'Negaraku'
  • Tarian 'Selamat Datang'
  • Bacaan doa
  • Ucapan aluan Pengerusi Majlis
  • Tanyangan Video Korporat sekolah
  • Ucapan YDP PIBG, En. Bukharim b. Daud
  • Ucapan Guru Besar, En. Sabri b. Saad
  • Ucapan Tuan Pengurus Felda Jerangau Barat
  • Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin b. Haji Ali Hussin, P.J.K.
  • Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan I
    • Graduasi dan Anugerah Pra-Sekolah
  • Persembahan 1 (Qalam-Jamaie-JQAF)
  • Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan II
    • Hadiah Kecemerlangan Akademik (Tahun 1-6)
    • Hadiah Cenderahati Pemulihan Khas
    • Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahun 1-6)
  • Persembahan Pra-Sekolah
  • Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan III
    • Anugerah Pingat Jauhari Nilam
    • Sijil dan Penghargaan Pengawas PSS & Pengawas Sekolah (Tahun 6)
    • Anugerah Sahsiah Terbaik
    • Anugerah Khas Tunas Harapan
    • Anugerah Khas Tokoh Nilam
    • Anugerah Khas Tokoh Ko-Kurikulum
    • Tokoh Pelajar 2014 (Lelaki dan Perempuan)
  • Persembahan Koir (Tahun 4 dan 6)
  • Jualan oleh pihak sekolah/luar
  • Tamat

Galeri Foto:
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Galeri Video:
 

Sunday, November 16, 2014

Thursday, November 13, 2014

Monday, November 3, 2014

Kejohanan Merentas Desa 1M1S Bawah 11 Tahun MSSDHT di SK Tok Randok (2 November 2014)

Peristiwa: Kejohanan Merentas Desa 1M1S Bawah 11 Tahun MSSDHT di SK Tok Randok
Tarikh: 2 November 2014
Hari: Ahad
Lokasi: SK Tok Randok, Hulu Terengganu, Terengganu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...