Tuesday, October 21, 2014

Karnival Pendidikan Terengganu 2014 (20 Oktober 2014)

Peristiwa: Karnival Pendidikan Terengganu 2014
Tarikh: 20 Oktober 2014
Tempat: Stadium Tertutup Negeri, Kuala Terengganu
Perasmian oleh: Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman

Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Sunday, October 5, 2014

Sukan Tahunan 2014 (25 & 30 September, 1 & 2 Oktober 2014)

5 Oktober 2014 - Seperti mana tahun-tahun yang lepas, unit Ko-kurikukulum SK Felda Jerangau Barat telah mengadakan satu Sukan Tahunan bagi sesi 2014 yang diadakan di padang sekolah pada penghujung bulan September dan awal bulan Oktober.

Pada 25 dan 30 September 2014 baru-baru ini, sekolah telah mengadakan persiapan awal untuk menyambut hari peristiwa sukan tahunan yang akan diadakan pada 1 dan 2 Oktober. Kesemua ahli rumah sukan bertungkus-lumus menyediakan dan menghiasi rumah sukan masing-masing kerana ianya bakal dimasukkan ke dalam kategori penghiasan rumah sukan terbaik. Terdapat juga latihan yang dilatih oleh para guru kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan masing-masing.

Antara acara-acara yang dipertandingkan:

  • Rabu (1 Oktober 2014)
    • Sukanneka murid pra dan tahun 1
      • Lari sambil bawa bola ping pong menggunakan sudu di mulut
      • Mencari gula-gula di padang
    • Pembarisan mengikut rumah masing-masing
    • Lompat jauh murid tahun 2-6
    • Lompat peluru murid tahun 4-6
    • Lari berganti-ganti 4x100m
  • Khamis (2 Oktober 2014)
    • Lari 100m murid tahun 2-6
    • Lari 200m murid tahun 2-6
    • Majlis penyampaian hadiah

Juara rumah sukan dimenangi oleh Rumah BIRU! Syabas diucapkan kepada mereka.

Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Koleksi Video:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...