Sunday, May 25, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2014 kali-43 (25 Mei 2014)

Peristiwa: Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2014 kali-43
Tarikh: 25 Mei 2014
Hari: Ahad


Saturday, May 24, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014 (18 Mei 2014)

Peristiwa: Sambutan Hari Guru 2014
Tarikh: 18 Mei 2014
Hari: Ahad
Lokasi: Dataran SK Felda Jerangau Barat

Pada tarikh 18 Mei 2014 (Ahad), SK Felda Jerangau Barat telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah diaturkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zahrulnizam dalam suasana yang agak sederhana tetapi meriah. Seperti biasa sambutan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Terenganu, lagu Sekolah dan disemarakkan lagi dengan lagu "Kami Guru Malaysia".

Perutusan dari KPPM dan Pengarah JPNT turut dibacakan oleh Guru Penolong Kanan HEM dan Kokurikulum, seterusnya guru-guru melafazkan ikrar guru yang diketuai oleh GPK Pentadbiran. Guru Besar turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut dan beliau mengajak semua pelajar supaya tanamkan rasa kasih dan sayang kepada semua guru kerana telah banyak jasa dan pengorbanan guru telah dicurahkan selama ini supaya pelajar menjadi manusia yang berjaya dan berakhlak mulia.

Pelajar-pelajar juga telah membuat persembahan untuk menghiburkan para guru dan ada juga dikalangan guru yang telah membuat persembahan mereka di pentas. Semoga hubungan yang erat dikalangan guru dan pelajar dapat menjadikan suasana pemeblajaran di kelas berlaku dengan berkesan.

Guru-guru juga telah bertukar-tukar hadiah antara sesama sendiri bagi merapatkan lagi ukhuwwah dan dengan hubungan yang erat menjadikan organisasi SKFJB lebih mantap dan berjaya mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan Kementerian Pelajaran. InsyaAllah.

Wednesday, May 7, 2014

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Felda Jerangau Barat 2014


BIL NAMA JAWATAN NO TELEFON
1 PUAN HAJAH ZAITON BT. MOHD YUSOFF GURU BESAR/PENASIHAT 013-9304611
2 EN. MOHD BUKHARIM BIN DAUD PENGERUSI 019-9079155
3 EN. ZULKIFLI BIN MUSA TIMBALAN PENGERUSI 014-8182503
4 EN. MUSA KHAN B. KANA GPK 1 013-9806882
5 EN. FAIZO B. MAT GPK HEM 012-9636002
6 EN. NORDIN B. GHAZALI GPK KO-KURIKULUM 013-9864668
7 EN. AMRAN BIN ARIF SETIAUSAHA 019-9926829
8 PN. WAHIDAH BT ABD. HALIM PENOLONG SETIAUSAHA 013-9501942
9 EN. MOHD BASRI BIN HARUN BENDAHARI 014-8336323
10 PN. NOORAIDA BT ABD KADIR AJK (BIRO AGAMA) 019-9038678
11 EN. YM TG ABD HALIM BIN TG MANSOR AJK (BIRO PENDIDIKAN) 019-6969817
12 PN. ZAINON BT NGAH AJK (BIRO KEBAJIKAN) 014-8135538
13 PN. MUHARINI BITI ROZAB AJK (BIRO MAKLUMAT) 012-9577012
14 EN. MAM BIN IBRAHIM AJK 019-2084030
15 EN. ZAKARIA BIN MAMAT AJK 09-8385305
16 EN. MOKHTAR BIN MAT HASSAN AJK -
17 PUAN ZALEHA BT. YAHYA AJK 019-9171586
18 PUAN ZULINA BT MAUSIR AJK -
19 PUAN SITI FATIMAH BT. ABDULLAH AJK -
20 PUAN HASMAH BT. BIDIN AJK 013-9610335
21 WAKIL FELDA AJK -

Thursday, May 1, 2014

Pertukaran Pegawai EIO (April 2014)

Bermula pada 1 April 2014, Pn. Azlina Zalina (EIO) telah bertukar dari SK Felda Jerangau Barat ke SK Padang Pulut di daerah Dungun. Seluruh warga sekolah SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Semoga lebih berjaya menyambung karier di tempat sana. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutama sekali daripada pihak pengurusan kerana telah memberi perkhidmatan yang amat cemerlang di SK Felda Jerangau Barat sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Beliau mudah untuk memberi sebarang bantuan apa sahaja jika diperlukan. Kami di sini memang terasa amat kehilangan seseorang yang banyak membantu pihak sekolah terutama sekali di dalam bidang ICT serta memberikan status makmal ICT cemerlang selama ini.

Walaubagaimanapun, kehilangan beliau kini telah pun diisi oleh pegawai EIO yang baru iaitu En. Muhamad Afiq Aizat b. Mohd. Razapi yang merupakan buat kali pertama memegang jawatan ini, berkuatkuasa pada 16 April 2014. Semoga beliau dapat menyambung perkhimatan EIO yang lepas. Beliau kelihatan sungguh teruja dengan jawatan ini, dan mudah memberikan bantuan kepada pihak sekolah bukan sahaja perkara yang berkaitan E-Book. Selamat datang kami ucapkan dan mudah-mudahan serta berharap agar beliau dapat terus menaburkan bakti di sini demi meneruskan kecemerlangan yang pernah kita kecapi. InsyaAllah.


Lawatan Penanda Aras PPD Klang, Selangor (30 April 2014)

Untuk mendapatkan info:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...