Tuesday, July 17, 2012

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang

Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 55, 2012

Aturcara

Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri
Nyanyian Lagu Sekolah

Bacaan Yaasin

Ucapan Pelancaran
Gimik Pelancaran

Nyanyian Lagu Jalur Gemilang
Bacaan Doa

Bersurai

( gambar menyusul kemudian )



Takziah...

Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada EIO Pn Zalina di atas pemergian ibunya ke Rahmatullah pada jam 6 petang semalam. Semoga tabah menghadapinya. Al Fatihah.

Tahniah kerana tak lama lagi bakal menimang cahaya mata....walau ibu tidak sempat melihat cucunya namun semoga kehadirannya menghilangkan rasa dukacita. Sabar menanti kehadirannya.....

Sunday, July 8, 2012

Selamat Pengantin Baru (2 Jun 2012)

Alhamdulillah EIO SK Felda Jerangau Barat telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya pada 2 Jun yang lalu.

Warga SKFJB mengucapkan selamat pengantin baru, semoga ceria-ceria selalu dan ikatan akan berkekalan serta berbahagia hingga  
                                                      ke akhir hayat.

Layarilah bahtera rumahtangga dengan tabah dan sabar mudah-mudahan dikurinaikan zuriat yang ramai dan comel-comel semuanya.

Thursday, July 5, 2012

Kem Kecemerlangan UPSR 2012 (13-15 Jun 2012)




SK FELDA Jerangau Barat telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR sebagaimana berikut:-
Tarikh            :           13 – 15 Jun 2012 ( Rabu hingga Jumaat )
Tempat          :           D’Pengkalan Nature & Lodge, Rantau Abang, Dungun
Bil. Peserta   :           43 calon UPSR 2012

Program bertujuan memberi persediaan secukupnya kepada murid-murid Tahun 6 menjelang Peperiksaan UPSR yang akan menyusul pada bulan September nanti. Seramai 10 orang guru dan 43 orang murid telah menyertai kem kecemerlangan ini. Program selama 3 hari 2 malam ini telah dimantapkan dengan kehadiran lima orang fasilitator jemputan yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing.

Hari Pertama (Rabu)
Perjalanan bermula pada jam 11.30 pagi dan sampai pada jam 12.30 tengahari. Slot yang pertama bermula pada pukul 2 petang iaitu Ice-Breaking Session yang mana murid-murid bersuai kenal dengan lebih erat di samping melakukan aktiviti yang merangsang minda kreativiti mereka. Pada sebelah petang pula, aktiviti riadah dilaksanakan di bawah kendalian AJK UPSR. Slot Matematik diadakan pada jam 8 hingga 10 malam dan dikendalikan oleh Y.M. Tengku Halim bin Tengku Ahmad dari SK Batu 7, Dungun. Beliau memperkenalkan beberapa kaedah pengiraan cepat Matematik kepada murid-murid di samping teknik-teknik berkesan menjawab soalan bagi subjek tersebut.

Hari Kedua (Khamis)
Fasilitator bagi subjek Bahasa Inggeris yang juga merupakan Guru Besar SK Gong Pasir, Puan Nik Hamidah binti Nik Ibrahim mengisi slot pagi pada hari kedua. Beliau merupakan Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi daerah Dungun dan mempunyai banyak pengalaman serta kepakaran dalam subjek tersebut. Pada jam 2 petang, teknik menjawab subjek Sains telah disampaikan oleh Encik Rosmadi bin Abdullah dari SK Sura, Dungun yang merupakan pakar dalam subjek tersebut. Kehadiran dan kepakaran beliau diharap dapat membantu murid-murid menjawab soalan Sains dengan betul. Aktiviti riadah dilaksanakan pada sebelah petang untuk memupuk semangat jati diri murid-murid bagi menghadapi cabaran akan datang. Subjek Bahasa Malaysia mengambil tempat pada sebelah malamnya. Slot ini dikendalikan oleh guru pakar,  Encik Mohammad bin Ibrahim dari SK Batu 48, Dungun. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang teknik-teknik yang betul bagi menjawab soalan Bahasa Malaysia.

Hari Ketiga (Jumaat)
Pada hari terakhir, jam 8 pagi, slot motivasi telah diadakan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh guru kaunselor dari SMK Tengku Intan Zaharah iaitu Encik Musa bin Awang. Beliau memperkenalkan teknik mengingat di samping memupuk semangat ingin berjaya di kalangan murid-murid. Setelah selesai ceramah motivasi, murid-murid bersiap sedia untuk pulang ke SK FELDA Jerangau Barat pada jam 11.30 pagi.


Kesimpulannya, Kem Kecemerlangan UPSR 2012 ini banyak memberi impak yang positif dalam diri pelajar. Sesungguhnya besarlah harapan kami  agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tuesday, July 3, 2012

Majlis Temu Murni dan Solat Hajat Kali Ke-2 (2 Julai 2012)

Pada  02.07.2012 (ISNIN)  telah berlangsung solat hajat kali ke-2 UPSR bersama warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajar tahun 6.  Alhamdulillah program berjalan lancar bermula solat fardhu zohor berjamaah, solat sunat hajat kemudian disusuli dengan bacaan yaasin dan tahlil ringkas diketuai oleh iman Felda Jerangau Barat 
Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin... Selepas itu diadakan sesi temu murni antara ibu bapa dan guru-guru matapelajaran tahun 1 hingga 6 untuk membincangkan permasalahan akademik bagi penambahbaikan para pelajar.


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...