Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H

Assalamualaikum,

Warga SKFJB ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada selurh  umat Islam. Semoga dengan kedatangan Tahun Baru kali ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya dalam segala aspek labih-lebih lagi dalam meningkatkan amal ibadah kepada Allah menjadi insan yang lebih bertaqwa. insyaAllah.

Thursday, November 17, 2011

Keputusan UPSR 2011

TAHNIAH!



PELAJAR YANG BERJAYA MENDAPAT 5A
Hidayat, Husna, Izzati
1 MUHD. HAFIZAM HIDAYAT B GHAZALI
2 NUR IMAN HUSNA BT MOHD BASRI
3 NURUL IZZATI BT MOHAMAD SAKILA
PELAJAR YANG MENDAPAT 4A1B



1 MUHAMMAD NAZMIEE B MOHD MAZUKI
2 WAN HAZARULNIZAM B WAN HUSSAIN
3 CHE NOR SYAMIRA BT CHE ISMAIL
4 NOR NADIA BT ABDUL RAHMAN

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011




(Gambar Atas ) Wakil PPD En Roslan B Othman dan
Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff  menyampaikan ucapan masing-masing
(Gambar Bawah )Antara Sidang hadirin



Pelajar Diraikan dan Dihargai


Tokoh Pelajar Lelaki 2011 ( Muhd Hafizam Hidayat Bin Ghazali )

Thursday, October 20, 2011

Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Guru & Kakitangan 2011 (18 Oktober 2011)

18 Oktober : Kelab Guru dan Kakitangan SKFJB telah berjaya menganjurkan program Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Guru serta kakitangan sekolah yang telah bertukar pada tahun 2011.

Jamuan kali ini telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu bertempat di Cascade Room. Antara guru yang diraikan ialah

- Mantan Guru Besar En Zubir Bin Harun bertukar ke SK Tebing Tembah, Dungun
- Mantan GPK Kokurikulum En Zulkifli B Mamat ke SK Felda Mengkawang
- Mantan Guru Pemulihan Pn Nina Aftina Bt Haradzi ke SK Bukit Perah
- En Mohamad - pekerja swasta - berhenti.

Jutaan terima kasih sekali lagi kepada mereka di atas yang telah banyak menabur bakti untuk kecemrlangan sekolah dan pelajar khasnya. jasa kalian tidak akan dilupakan. Pihak sekolah juga mendoakan agar kalian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan berjaya di tempat baru masing-masing
Mantan Guru Besar dan Guru Besar Sedang Menyampaikan Ucapan Masing-Masing
Ceria Bertambah Mesra
Sesungguhnya majlis ini juga secara tidak langsung telah menambahkan lagi keakraban kami warga SKFJB yang diterajui oleh guru besar baru Pn Hjh Zaiton. Beliau juga seorang yang komited dan sentiasa menjaga kebajikan warga sekolah dalam semua perkara.

Menerima Hadiah Penghargaan
Semoga keakraban yang terjalin akan memudahkan sekolah mencapai misi dan visi yang telah digariskan bersama seiring dengan moto sekolah 'SEDERAP,  SEHASRAT DAN 1MATLAMAT' InsyaAllah.

Aktiviti Pasca UPSR 2011

Pertandingan Busana Islam : Alhamdulillah buat julung kalinya aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun kali pertama diadakan namun peserta menunjukkan minat dan begitu teruja sekali lebih2 lagi program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada guru besar dengan memberi semangat dan di akhrinya beliau sempat memberi komentar dengan harapan program yang julung kalinya diadakan ini agar dapat diteruskan dengan memperbaiki sebarang kelemahan seperti mempelbagaikan lagi pakaian islam tidak bertumpu kepada baju kurung bagi peserta muslimah dan baju melayu bagi peserta muslim.


Pihak penganjur iaitu unit Hem dan Panitia Pendidikan Islam menyambut baik cadangan dan saranan tersebut dengan harapan program ini bukan sahaja untuk ditonton malahan memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya berpakaian meurut islam iaitu menutup aurta dengan sempurna.

Bukan itu sahaja program ini juga menguji kepetahan dan kebernasan idea para peserta apabila mereka terpaksa melalui pusingan yang ke dua iaitu menjawab soalan spontan berkaitan aurat yang dikemukan oleh juri.

Pemenang akan menerima hadiah pada penghujung program pasca UPSR nanti. Tahniah kepada pemenang dan apa yang menarik sekali pertandingan ini disertai oleh seorang perserta bukan islam dan yang lebih mengejutkan beliau telah tampil sebagai juara busana kategori muslimah. Ini jelas terbukti bahawa pakaian islam sesuai utnuk semua kaum dan sebaliknya namun pakaian tersebut mestilah tidak melanggari syariat Allah s.w.t.
Akhir sesi program guru besar Pn Hjh Zaiton sempat memberi komentar dan beberapa peringatan tentang berpakaian menurut islam kepada semua yang hadir.

Guru Besar Sedang Memberi Komentar dan Nasihat


Terima kasih.

ihsan senyumsokmofaiz.blogspot.

Thursday, September 29, 2011

Hati-Hati Ketika Guna Cyber Cafe!!

Untuk mendapatkan info:

Sambutan MERDEKA RAYA peringkat sekolah (29 September 2011)

29 September 2011. SKFJB telah berjaya mengadakan sambutan Merdeka Raya dengan cara yang penuh sederhana. Walaupun sudah berada di penghujung syawal namun sambutan yg telah dirancang bersama dengan Guru Besar yang baru dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Sambutan dan semua warga sekolah akhirnya sambutan Merdeka Raya berjaya juga diadakan dengan suasana yang penuh meriah sekali.

Antara Aktiviti yang dijalankan ialah ;
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan, Lagu Sekolah dan Lagu2 Patriotik.
- Ucapan Guru Besar
- Pertandingan Nyanyian lagu raya
- Pertandingan Mewarna
- Tayangan Video Patriotik
- Jamuan

Pihak pengurusan sekolah  jawatankuasa sambutan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendorong ke arah kejayaan program ini. 

Alhamdulillah SKFJB tidak kehilangan Guru Besar terlalu lama. Walau pemergian En Zubir amat-amat dirasakan namun dengan adanya pengganti beliau iaitu Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusof adalah disambut dengan baik dan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t. Semoga dengan pimpinan GB yang baru akan dapat meneruskan segala perancangan yang telah disusun sebelum ini disamping idea2 baru yang beliau bawa pastinya akan dapat memeriahkan lagi SKFJB untuk meraih pelbagai kecemerlangan selepas ini. InsyaAllah. Kami Warga SKFJB amat mengalu-alukan kedatangan Tuan Guru Besar yang Baru Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusof. Semoga dapat memberi sinar baru kepada seluruh wagra dan skfjb

Thursday, September 22, 2011

SKFJB Kehilangan besar..... (16 September 2011)

TINGGAL KENANGAN 
Guru Besar SK FELDA Jerangau Barat
( En Zubir Bin Harun )

16 September 2011 : SK Felda Jerangau barat merasai kehilangan yang amat besar apabila Guru Besarnya akan bertukar ke sekolah Tebing Tembah mulai tarikh tersebut. Beliau seorang yang sangat komited dengan tugas dan mengambil berat dalam semua aspek dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.

Seorang yang berjiwa kental dan sentiasa inginkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan bagi dan memastikan ianya tercapai maka segala perilaku dan tindakan dijalankan secara kolektif dikalangan guru-guru SKFJB.

Walaupun terasa agak sukar menerima kenyataan ini namun ia tidak dapat ditahan dan semoga beliau akan lebih maju di sekolah yang baru serta diharapkan guru besar yang datang menggantikan beliau akan dapat meneruskan visi dan misi sekolah dengan apa cara beliau sekalipun agar sekolah kita akan terus melonjak maju mencapai kecemerlangan dan dapat target samada dari segi band, sbt, baih dan sebagainya. InsyaAllah..

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Perasmian Bangunan Baru Prasekolah


Alhamdulillah pagi tadi sudah selesai majlis bacaan yasin dan solat sunat hajat sempena perasmian bangunan baru ( tambahan ) prasekolah. Ia dilaksanakan oleh semua guru yang berkesempatan dan pelajar2 tahun 6. InsyaAllah pada tengahari nanti Penolong Pegawai Pelajaran Daerah hulu Terengganu akan datang merasmikan majlis tersebut.

Mudah-mudahan dengan terbinanya bangunan tambahan ini akan memberi kekuatan dan semangat yang baru kepada guru prasekolah memandangkan sebelum ini hanya menumpang di bilik kelas biasa sahaja. Begitu juga diharapkan murid-murid pra juga akan dapat menerima pembelajaran awal kana-kanak dengan sempurna selaras dengan apa yang terdapat sub NKRA pendidikan yang memberi penekanan dan keutamaan kepada pendidikan prasekolah.

Wednesday, September 14, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia (2 Julai 2011)

2 Julai 2011 - Program Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan pada 2 Julai yang lalu. Seramai 203 peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 telah mengambil bahagian dalam larian yang berprestij ini.


Lagu Tema : 1Murid 1Sukan

Ciptaan: Abdul Razahk Abd. Rahman
Nada: Bb MAJOR
Tempo: 120
Rentak: March
Durasi: 2.06 saat

Lirik:
Semarakkan 1Murid 1Sukan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1Bangsa Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang

Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan


En.Zubir bin Harun
Guru Besar
  Mengucapkan 
Selamat Bertugas kepada 

en.zulkifli bin mamat
( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum )

yang berpindah ke

SK FELDA MENGKAWANG
Pada
16 JUN 2011
  Sebagai
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

DAN MENGANTIKAN
en.NORDIN BIN GHAZALI
( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum )

yang berpindah dari

SK FELDA MENGKAWANG
ke SK FELDA JERANGAU BARAT
Pada
16 JUN 2011
  Sebagai
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum


Kem Anakku Sayang 3H2M (30 Jun 2011)

30 Jun 2011 hingga 2 Julai 2011
Peserta Murid Tahun 4 dan 5


Terima kasih kepada semua yang terlibat dan mendorong ke arah kejayaan kem yang julung-julung kali diadakan ini terutama kepada guru besar, Sektor Pendidikan Islam JPNT,guru-guru, kakitangan, barisan fasilitator, pejabat agama dan lain2 lagi.

Ucapan Perasimian Oleh Ustazah Kartina Sidek
Pegawai Dakwah SPI

Ucapan Guru Besar ( En Zubir Har


Penghargaan Kepada fasi






 
Para Peserta

Tuesday, August 2, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (15 Mei 2011)

1.Acara Pertama
  •    Nyanyian Lagu Negaraku
  •    Lagu Guru Malaysia
  •    Lagu Tema
  •    Ikrar Hari Guru
  •    Bacaan Perutusan : KPM, MP, Pengarah JPNT
2. Acara Kedua
  • Latihan Kebakaran
  • Ceramah Bomba
  • Demontrasi memadam kebakaran

15 Mei 2011 - Turut hadir ialah Pegawai Perhubungan sekolah En Hilmi b Sidek ( Pegawai PPDHT ) dan YDP PIBG En Wan Husin.Walaupun agenda hari guru tahun ini agak berbeza dari segi pengisiannya, hasil cetusan idea GB namun ia tetap disambut meriah dalam suasana sederhana.

Murid juga diberi peluang membuat persembahan ringkas, menyampaikan hadiah kepada guru-guru mereka sebagai tanda terima kasih. Turut diumumkan oleh Guru Besar En Zubir B Harun ialah Guru Setia Waja( ditentukan oleh pihak pentadbiran)di sandang oleh Pn Rokiah Bt Awang, guru popular lelaki dan perempuan ( melalui undian murid ) masing-masing dinobatkan kepada Ustaz Faizo B Mat dan Pn Siti Mahayu B Ayob.
 
Guru Setia Waja
 Guru Popular Lelaki

 Guru Popular Perempuan

Acara kemuncak ialah jamuan dan penyampaian hadiah dari kelab guru dan cabutan bertuah. Semoga keakraban antara guru dan kakitangan SKFJB terus mantap demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

FESTIVAL NASYID MTQ 1432H

Alhamdulillah SK Felda Jerangau Barat muncul JUARA festival nasyid peringkat Zon KDSR 3 yang berlangsung pada 19 April yang lalu telah mengalahkan 10 buah sekolah yang lain. Terima kasih kepada semua warga SKFJB yang terlibat dan memberi dorongan ke arah kejayaan tersebut samada secara langsung atau tidak langsung.

Namun begitu memandangkan inilah kali pertama kumpulan nasyid SKFJB layak ke peringkat Daerah maka banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan dipelajari.

Semoga  Kumpulan Soutul Imtiyaz akan terus maju dan unggul di masa akan datang. InsyaAllah.

Wednesday, February 23, 2011

Aktiviti-Aktiviti Sekitar Tahun 2011


Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2011

22 Februari 2011-Dewan Al-Bukhari,SKFJB. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah merupakan acara tahunan bagi Badan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Majlis ini diadakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara rasmi kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Watikah perlantikan initelah disempurnakan oleh Inspektor Mohd Izwan bin Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu. Pelbagai nasihat dan motivasi sempat diberikan oleh beliau kepada semua pengawas supaya menjadi seorang Pengawas yang berguna,berkaliber dan berkarsma. Majlis ini berjalan lancar hasil kerjasama yang padu daripada semua guru SKFJB. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Program Temu Murni Warga UPSR 2011

9 Februari 2011-Satu Majlis Temu Murni antara Guru SKFJB bersama penjaga pelajar UPSR 2011 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Al-Bukhari SKFJB. Program yang bermula pada jam 8 pagi ini mendapat maklum balas yang cukup menggalakkan daripada pelajar beserta penjaga masing masing dan boleh dikatakan kedatangan tahun ini adalah paling ramai sepanjang diadakan majlis seumpama ini.


Majlis Penyerahan e-Book DUN Ajil 2011

7 Februari 2011-bertempat di Dewan SMK Bukit Diman telah berlangsung Majlis Penyerahan e-Book Dun Ajil 2011. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said. Seramai 598 orang pelajar telah menerima e-Book dalam majlis tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...