Tuesday, April 22, 2014

Kem Bestari Solat Siri 1 Tahun 2014 (15 April 2014)

Kem Bestari Solat Siri 1 Tahun 2014 telah dijalankan dengan jayanya.
Diadakan pada 15 April 2014 iaitu hari Selasa.
Program ini bermula pada jam 2.00 petang, dimulai dengan solat berjemaah.
Kehadiran murid-murid adalah seramai 170 orang dan dibimbing oleh 25 orang guru.
Ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan program ini.
Program berakhir pada jam 4.00 petang.


Friday, April 18, 2014

Program Guru Penyayang 2014 (16 April 2014)

Pada 16 April 2014, Program Sekolah Penyayang Peringat Sekolah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Pn. Hjh. Zaiton Binti Mohd Yusoff di Dataran Ilmu SK Felda Jerangau Barat dengan jayanya. Di dalam ucapannya, beliau menyentuh mengenai sifat-sifat yang penyayang perlu ada samada di kalangan guru mahupun di kalangan murid. Sikap saling sayang menyayang ini boleh mendatangkan perasaan muhibbah dan suasana yang boleh menjurus kepada kecemerlangan serta mengelakkan masalah disiplin di sekolah. Beliau juga menyebut tentang kepentingan hadir ke sekolah selain dapat menimba ilmu pengetahuan, pihak sekolah juga menyediakan pelbagai intensif dan hadiah kepada pelajar yang datang awal, sambutan hari jadi, murid contoh dan sebagainya. Rugi besar jika murid-murid tidak mengambil peluang ini. 

Terdahulu dalam ucapan Guru Penolong Kanan HEM, En. Faizo Bin Mat, beliau menyatakan semua apa yang sekolah buat adalah menandakan guru sayang kepada semua murid. Tidak ada pilih kasih antara guru dengan murid dan murid-murid berhak mendapat hak yang sama di sekolah. Oleh itu semua murid tidak boleh ponteng sekolah atau malas ke sekolah kerana ia boleh menjejeaskan pencapaian akademik dan ketinggalan dalam banyak perkara serta tidak berpeluang mendapat hadiah-hadiah yang disediakan oleh guru-guru di sekolah.

Acara diteruskan dengan menyerahkan mentee (pelajar tahun 6) kepada mentor dimulai dengan Guru Besar dan diikuti oleh semua guru dengan mendapat 1 atau 2 mentee. Pelajar-pelajar lain juga turut mendapat guru angkat masing-masing. Mudah-mudahan program ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Acara kemuncaknya ialah sambutan hari jadi kepada 38 pelajar dan 10 guru yang lahir pada bulan Januari hingga April.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...