Pada 25 dan 30 September 2014 baru-baru ini, sekolah telah mengadakan persiapan awal untuk menyambut hari peristiwa sukan tahunan yang akan diadakan pada 1 dan 2 Oktober. Kesemua ahli rumah sukan bertungkus-lumus menyediakan dan menghiasi rumah sukan masing-masing kerana ianya bakal dimasukkan ke dalam kategori penghiasan rumah sukan terbaik. Terdapat juga latihan yang dilatih oleh para guru kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan masing-masing.
Antara acara-acara yang dipertandingkan:
- Rabu (1 Oktober 2014)
- Sukanneka murid pra dan tahun 1
- Lari sambil bawa bola ping pong menggunakan sudu di mulut
- Mencari gula-gula di padang
- Pembarisan mengikut rumah masing-masing
- Lompat jauh murid tahun 2-6
- Lompat peluru murid tahun 4-6
- Lari berganti-ganti 4x100m
- Khamis (2 Oktober 2014)
- Lari 100m murid tahun 2-6
- Lari 200m murid tahun 2-6
- Majlis penyampaian hadiah
Juara rumah sukan dimenangi oleh Rumah BIRU! Syabas diucapkan kepada mereka.
Lihat koleksi foto lain DI SINI.
Koleksi Video:
No comments:
Post a Comment