Wednesday, June 25, 2014

Kem Kecemerlangan UPSR (24-26 Jun 2014)

24-26 Jun 2014 - Berlangsungnya Kem Kecemerlangan UPSR bertempat di D'Pengkalan Resort Dungun bagi tujuan memantapkan lagi kemahiran dan persediaan calon-calon UPSR sebagai persedian menjawab soalan sebenar nanti.

Calon-calon telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan pendekatan dalam menjawab soalan yang disampaikan oleh fasilitator berpengalaman dan terlibat dengan pemeriksaan kertas UPSR dari Daerah Hulu dan Dungun.

Semoga dengan usaha yang disusun atur oleh penyelaras UPSR ini akan membantu dalam peningkatan keputusan UPSR pada tahun ini. InsyaAllah.



Lihat koleksi foto lain di SINI.

Lawatan Penanda Aras SK Balai Besar, Dungun, Terengganu (24 Jun 2014)

Untuk mendapatkan info:

Wednesday, June 18, 2014

Pertukaran Guru Ke SK Bukit Diman (16 Jun 2014)

16 Jun 2014 - SK Felda Jerangau Barat telah kehilangan seorang guru yang berbakat dan sangat bermakna yang mana beliau telah banyak berjasa dan menyumbangkan hasil positif dan bakti kepada SKFJB sehingga beliau mendapat Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Cemerlang pada tahun 2013. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Siti Mahayu Norashikin bt. Ayob, merupakan seorang guru Perpustakaan Media di sekolah, di mana beliau akan bertukar tugas ke SK Bukit Diman.

Beliau telah berkhidmat di SKFJB bermula pada 1 Januari 2011 hingga 16 Jun 2014. Tarikh 23 Jun 2014 adalah merupakan tarikh yang sebenar beliau mula bertugas di SK Bukit Diman. Beliau sebelum ini telah meminta izin dengan pihak atasan untuk menangguhkan sementara proses pertukaran ini supaya beliau dapat fokus untuk meneruskan serta membantu pihak PSS sekolah yang pada ketika itu sedang berada di dalam minggu Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan (PSS SK Felda Jerangau Barat mewakili semua PSS untuk sekolah rendah di negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan), di mana para hakim kebangsaan datang melawati PSS sekolah pada 16 Jun 2014 untuk menilai keseluruhan markah.

Perpisahan ini bukan bermakna berpisah buat selama-lamanya. Mudah-mudahan agar Cikgu Siti Mahayu dapat meneruskan perkhidmatan beliau sebagai seorang guru di tempat baru beliau iaitu SK Bukit Diman dengan rasa bangganya dan berjaya mendorong para murid-murid ke arah positif di masa hadapan mereka.

Selamat bertugas di tempat baru dan jutaan terima kasih.

Monday, June 16, 2014

Penyerahan Lencana Istimewa kepada Murid Cemerlang (15 Jun 2014)

Peristiwa: Penyerahan Lencana Istimewa kepada Murid Cemerlang
Tarikh: 15 Jun 2014
Hari: Ahad
Perasmian oleh: Guru Besar, Pn. Hajjah Zaiton bt. Mohd. Yusoff

Sunday, June 1, 2014

Selamat Bercuti


Selamat bercuti kepada warga SKFJB. Walaubagaimanapun dinasihatkan kepada semua murid agar tidak membuang masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Berkunjunglah ke Pusat Sumber Sekolah untuk menambah ilmu pengetahuan. Kepada murid-murid tahun enam, ikuti kelas tambahan yang telah disediakan. Kepada guru-guru yang bertugas, terima kasih kami ucapkan. Semoga jasa bakti dan pengorbanan anda akan diberkati dan dirahmati. Guru-guru juga sibuk dengan persiapan pertandingan PSS Peringkat Kebangsaan, segala persediaan akhir sedang rancak dijalankan untuk memastikan proses penilaian nanti berjalan dengan lancar. Penilaian akan diadakan pada 16 Jun 2014. Semoga ada sinar harapan buat kita pada tahun ini. Segala penat lelah yang kita berikan insyaAllah akan dapat ganjaran yang setimpal di akhirat nanti. Walau terasa bebanan dan tekanan yang menimpa-nimpa tetapi segalanya terungkai apabila memikirkan tentang impaknya kepada anak bangsa yang bakal menjadi pewaris kita pada masa akan datang. Semoga percutian kali ini memberi seribu erti buat kita semua. Selamat kembali semula ke sekolah pada 15 Jun nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...