Wednesday, June 18, 2014

Pertukaran Guru Ke SK Bukit Diman (16 Jun 2014)

16 Jun 2014 - SK Felda Jerangau Barat telah kehilangan seorang guru yang berbakat dan sangat bermakna yang mana beliau telah banyak berjasa dan menyumbangkan hasil positif dan bakti kepada SKFJB sehingga beliau mendapat Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Cemerlang pada tahun 2013. Beliau yang dimaksudkan ialah Pn. Siti Mahayu Norashikin bt. Ayob, merupakan seorang guru Perpustakaan Media di sekolah, di mana beliau akan bertukar tugas ke SK Bukit Diman.

Beliau telah berkhidmat di SKFJB bermula pada 1 Januari 2011 hingga 16 Jun 2014. Tarikh 23 Jun 2014 adalah merupakan tarikh yang sebenar beliau mula bertugas di SK Bukit Diman. Beliau sebelum ini telah meminta izin dengan pihak atasan untuk menangguhkan sementara proses pertukaran ini supaya beliau dapat fokus untuk meneruskan serta membantu pihak PSS sekolah yang pada ketika itu sedang berada di dalam minggu Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan (PSS SK Felda Jerangau Barat mewakili semua PSS untuk sekolah rendah di negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan), di mana para hakim kebangsaan datang melawati PSS sekolah pada 16 Jun 2014 untuk menilai keseluruhan markah.

Perpisahan ini bukan bermakna berpisah buat selama-lamanya. Mudah-mudahan agar Cikgu Siti Mahayu dapat meneruskan perkhidmatan beliau sebagai seorang guru di tempat baru beliau iaitu SK Bukit Diman dengan rasa bangganya dan berjaya mendorong para murid-murid ke arah positif di masa hadapan mereka.

Selamat bertugas di tempat baru dan jutaan terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...