Monday, July 28, 2014

Aktiviti Perhimpunan (27 Julai 2014)

Tarikh: 27 Julai 2014
Tempat: Dataran Perhimpunan SK Felda Jerangau Barat

Sunday, July 27, 2014

Gotong Royong Denggi & Ihya Ramadhan 2014 (24 Julai 2014)

Peristiwa: Gotong Royong Denggi & Ihya Ramadhan 2014
Tarikh: 24 Julai 2014
Hari: Khamis
Tempat: Dewan dan persekitaran SK Felda Jerangau Barat

27 Julai 2014 - Susulan ceramah yang diadakan pada baru-baru ini, pihak sekolah telah mengadakan majlis bergotong-royong pencegahan denggi. Pada masa yang sama, satu program kedua telah diadakan serentak iaitu program Ihya Ramadhan di mana ianya diadakan sempena ketibaan bulan Ramadan yang akan tiba.
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Wednesday, July 23, 2014

Ceramah Penyakit Demam Denggi (22 Julai 2014)

Peristiwa: Ceramah Penyakit Demam Denggi
Tarikh: 22 Julai 2014
Hari: Selasa
Lokasi: Dewan SK Felda Jerangau Barat

23 Julai 2014 - Pada 22 Julai 2014, pengurusan ko-kurikulum sekolah telah mengadakan satu ceramah mengenai penyakit yang paling ditakuti oleh semua masyarakat iaitu penyakit demam denggi.
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Thursday, July 17, 2014

Selamat Datang Guru Besar Ke-14 ke SKFJB! (13 Julai 2014)

13 Julai 2014 - Selamat datang cikgu! Warga SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Guru Besar yang baharu, En. Sabri b. Saad ke SK Felda Jerangau Barat.

Beliau akan mulakan tugasnya yang pertama di sekolah ini pada 16 Julai 2014 (Ahad) sebagai seorang Guru Besar baru yang ke-14, menggantikan Mantan Guru Besar Pn. Hjh Zaiton bt. Yusoff yang tamat perkhidmatannya di sini pada 8 Julai 2014 lepas kerana berpindah tugas ke SK Bukit Besi, Dungun untuk bertugas sebagai guru besar yang baru di sana.

Sekali lagi, kami mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Sabri b. Saad. Mudah-mudahan agar beliau boleh terus berkhidmat di sini sehingga akhirnya.

Majlis Menyambut Kedatangan Guru Besar Baru
Lokasi: SK Felda Jerangau Barat
Tarikh: 16 Julai 2014
Lihat koleksi foto lain di SINI.

Perpisahan dan Pertukaran Guru Besar SKFJB Ke-13 (8 Julai 2014)

8 Julai 2014 - SK Felda Jerangau Barat dengan rasa dukacitanya telah kehilangan seorang insan yang amat bermakna bagi kita semua, di mana Guru Besar SKFJB Pn. Hjh. Zaiton bt. Mohd. Yusoff, akan berpindah ke SK Bukit Besi, Dungun untuk bertugas di sana sebagai Guru Besar yang baru.

Sepanjang perkhidmatan beliau di sini, SK Felda Jerangau Barat telah banyak mendapat pelbagai jenis pengiktirafan dan anugerah-anugerah yang membawa sekolah ini ke persada kebangsaan dan serta di negeri Terengganu hasil sumbangan bakti beliau. Beliau memulakan tugasnya di sekolah ini bermula pada 16 September 2011 dan berakhir pada 8 Julai 2014 sebagai guru besar sekolah yang ke-13.

Perpisahan adalah suatu fenomena yang berat, menghampakan serta menghayat hati kepada kita semua, namun tugas-tugas penting yang diamanahkan kepada beliau (sebagai seorang guru) mesti juga diteruskan agar demi menjaga masa depan murid-murid sekolah ke arah keadaan yang berpositif serta berwawasan tinggi.

Justeru itu, kami warga SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan selamat berpisah, selamat bertukar dan selamat bertugas kepada Mantan Guru Besar Pn. Hjh Zaiton serta ucapan jutaan terima kasih yang tidak berbelah bagi kerana jasa besar beliau di sini.

Majlis Perpisahan Guru Besar
Lokasi: Dewan SK Felda Jerangau Barat
Tarikh: 8 Julai 2014
Lihat koleksi foto lain di SINI.

Video Perpisahan:

Majlis Penghantaran Mantan Guru Besar Ke SK Bukit Besi
Lokasi: SK Bukit Besi
Tarikh: 9 Julai 2014
Lihat koleksi foto lain di SINI.


Thursday, July 3, 2014

Senamrobik, Larian Seribu Langkah dan Hari Gotong Royong Alam Sekitar 2014 (21 Jun 2014)

21 Jun 2014 (Sabtu) - Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama pusat sumber sekolah telah berjaya menganjurkan beberapa aktiviti alam sekitar termasuklah acara senamrobik alam sekitar, larian 1000 langkah alam sekitar dan gotong royong alam sekitar. Program ini dikendalikan oleh unit alam 3K yang dikendalikan oleh jawatankuasa senamrobik iaitu Cikgu Mohd Zahrulnizam b. Salleh bersama Ahli Jawatankuasa di bawahnya dan penyelaras utamanya ialah Pn. Nazimah Bt Muda.
Program telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar seawal jam 8 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diikuti dengan larian 1000 langkah. Murid dan guru kelihatan sangat gembira dan menjalani aktiviti dengan penuh ceria. Kesihatan adalah elemen yang penting dalam memastikan guru dan murid dapat sama-sama memberi dan menerima ilmu pengetahuan. Sebab itu sekolah sentiasa menitik beratkan kesihatan semua warga sekolah.

Selain itu, program gotong royong juga menjamin keselamatan warga sekolah terutamanya dari pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan jika tidak dibendung maka boleh membawa kepada kematian.

Program-program sebegini harap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana impaknya amat besar kepada semua pihak.
Lihat koleksi foto lain di SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...