Thursday, July 17, 2014

Selamat Datang Guru Besar Ke-14 ke SKFJB! (13 Julai 2014)

13 Julai 2014 - Selamat datang cikgu! Warga SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Guru Besar yang baharu, En. Sabri b. Saad ke SK Felda Jerangau Barat.

Beliau akan mulakan tugasnya yang pertama di sekolah ini pada 16 Julai 2014 (Ahad) sebagai seorang Guru Besar baru yang ke-14, menggantikan Mantan Guru Besar Pn. Hjh Zaiton bt. Yusoff yang tamat perkhidmatannya di sini pada 8 Julai 2014 lepas kerana berpindah tugas ke SK Bukit Besi, Dungun untuk bertugas sebagai guru besar yang baru di sana.

Sekali lagi, kami mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Sabri b. Saad. Mudah-mudahan agar beliau boleh terus berkhidmat di sini sehingga akhirnya.

Majlis Menyambut Kedatangan Guru Besar Baru
Lokasi: SK Felda Jerangau Barat
Tarikh: 16 Julai 2014
Lihat koleksi foto lain di SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...