Sunday, September 8, 2013

Program Solat Hajat, Bacaan Yasin dan Penghalalan Ilmu UPSR (5 September 2013)

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t pada 5 Sept 2013 telah berlangsung Program Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin dan Majlis Penghalalan Ilmu kepada calon2 UPSR dalam suasana yang cukup sederhana tetapi penuh bermakna. Program ini adalah kemuncak segala program yang telah dijalankan sepanjang tahun ini untuk memastikan kecemerlangan calon2 UPSR pada tahun ini. Pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat, PPD malah JPN sendiri bagi menjadikan impian jjadi sungguh Hulu Terengganu menjadi realiti.


Program kali ini melibatkan Pihak  PPD diwakili oleh En Azeman B Othman merupakan pegawai perhubungan sekolah, PIBG, Ibu bapa, Guru-guru dan semua calon UPSR. Kehadiran amat membanggakan ini melambangkan kesediaan ibu bapa dan semua pihak dalam memberi sumbangan kearah kejayaan calon2 UPSR pada tahun ini.

Program dimulakan dengan solat Fardhu Zuhor, Solat Sunat Hajat, bacaan Yasin ( di surau ) kemudian diikuti pula majlis penghalalan Ilmu di dewan yang telah dirasmikan oleh En Azeman. Dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah, PIBG dan calon2 UPSR dengan mengadakan pelbagai program bagi memastikan kecemrelangan UPSR. Beliau turut menambah bahawan kerjasama pelbagai pihak ini penting dan memberi kekuatan kepada sesebuah sekolah bagi memastikan apa sahaja yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna dan hasilnya insyaAllah akan dapat sama2 dirasai nanti. 

Dalam ucapan Guru Besar juga senada dengan En Azeman dengan bersetuju bahawa komitmen daripdasemua pihak terutama ibu bapa memastikan anak-anak mendapat perhatian di rumah sebagai susulan dan tidakmmengharapkan kepada sekolah semata-mata. YDP PIBG juga selaku wakil kepada ibu bapa merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPD dan guru-guru yang sering memikirkan sesuatu yang berguna dengan pelbagai aktiviti dan usaha bagi membantu anak2 mereka mencapai kejayaan cemerlang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...