3 OKTOBER 2013 - Program hari Keusahawanan Bersama Komuniti anjuran PIBG, PSS di bawah unit Hal Ehwal Murid telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program bermula seawal 8.00 pagi itu dimulakan dengan pertandingan mewarna bagi kategori Pra Sekolah, Tadika Kemas, Tahap 1 dan tahap dua. Penyertaan dibuka kepada pelajar yang berminat dengan yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM1. Manakala untuk para ibu pula telah diadakan pertandingan gubahan hantaran pengantin dengan dikenakan yuran penyertaan RM5.
Guru-guru dan Pihak Pibg pula sibuk mnyediakan gerai masing-masing seperti Gerai Pentadbiran, Gerai PIB, Gerai PSS, Gerai ICT, Gerai Kelab Guru, Gerai Panitia dan Gerai kantin Sekolah. Sambutan amat menggalakkan daripada warga penduduk kampung yang telah datang beramai-ramai menjayakan program ini. Kupon-kupon bayaran telah dibeli awala oleh murid-murid melalui guru kelas masingmasing dan kepada pengunjung yang belum membeli boleh dapatkannya di gerai kupon yang telah disediakan.
Program diceria dan dimeriahkan lagi dengan adanya persembahan artis jemputan iaitu penyanyi Ayie yang terkenal dari kumpulan Lantana. Semua pemgunjung kelihatan terhibur setelah berbelanja di gerai pilihan masing-masing.
Pengunjung juga dapat menyaksikan pameran anti dadah oleh pasukan AADK Ajil Hulu Terengganu dan di samping itu mereka juga dapat membiat pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dikendalikan oleh Pusat Kesihatan Kecil Daerah Dungun. Lebih 70 pengunjung telah membuat pemeriksaan pada hari tersebut mengikut pegawai kesihatan yang bertugas.
Serentak dengan itu juga sekumpulan Guru Perpustakaan dan Media juga telah berkunjung ke SKFJB dalam program lawatan penanda aras PSS bagi memenuhi sebahagian aktiviti kursul dan bengkel mereka di BTPNT yang mana turut hadir sama ialah Ketua Unit Pusat Sumber, Tn Hj Amir dan beberapa wakil dari PKG Seluruh negeri Terengganu.
Sesungguhnya program ini dapat memneri pengalaman sebenar kepada murid-murid dalam menjalani kehidupan pada masa mendatang disamping memberi sedikit dana kepada PIBG sekolah. Sebarang kekurangan dan kelemahan akan sentiasa diberi perhatian dan langkah-langkah menambahbaikan semestinya dibuat untuk program akan datang.
Terima kasih kepada YB Dun Ajil, YB Parlimen HT, seluruh warga SKFJB dan ibu bapa, pengunjung2 dan tidak ketinggalan kepada Ayie Lantana, PKK Dungun, AADK dan semua yang menjayakan program ini secara langsung atau sebaliknya.
Terima kasih kepada YB Dun Ajil, YB Parlimen HT, seluruh warga SKFJB dan ibu bapa, pengunjung2 dan tidak ketinggalan kepada Ayie Lantana, PKK Dungun, AADK dan semua yang menjayakan program ini secara langsung atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment