Dari Meja Guru Besar

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur kehadrat Ilahi dengan wujudnya laman maya sekolah ini, ianya dapat membantu memberikan maklumat dan informasi yang terkini kepada pengunjung yang melayari laman blog ini. Ianya bukan sahaja berguna kepada warga sekolah, malah boleh turut serta dikongsi dengan masyarakat berbilang bangsa di seluruh dunia amnya.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga SK Felda Jerangau Barat tanpa berbelah bagi mencurahkan sumbangan bakti untuk menjadikan SK Felda Jerangau Barat ini cemerlang di dalam segala aspek sama ada di dalam bidang akademik, ko-akademik, dan sahsiah pelajarnya.

Suasana persekitaran sekolah yang kondusif serta ceria menjadi keutamaan kami bagi menjayakan visi dan misi sekolah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara serta berpaksikan kepada cogan kata "Menjana Insan Berkualiti".

Seterusnya sebagai peneraju, adalah menjadi harapan saya untuk melihat kerjasama secara berpasukan agar dapat diteruskan dan diamalkan, semoga ianya dapat merealisasikan impian untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam di peperiksaan. Justeru itu, saya memohon agar semua warga SK Felda Jerangau Barat dapat menyingkirkan sifat-sifat yang negatif bagi menjadikan kejayaan itu adalah milik kita bersama. InsyaAllah.


Sekian, wassalam.
En. Marzuki bin Ibrahim
Guru Besar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...