Monday, July 8, 2013

Majlis Solat Hajat Dan Bacaan Yasin UPSR 2/2013 (8 Julai 2013)

 

8 Julai 2013 : Syukur pada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR telah berjaya diadakan pada tengahari tadi bersama calon-calon UPSR, ibu bapa dan guru-guru SKFJB. 

Solat dan bacaan yasin telahdiimami oleh ustaz Amran Arif. Sesungguhnya walau apa sekali usaha yang dilakukan dalam mengecapi kejayaan tanggungjawab,  kewajiban serta doa kepada Allah tidak boleh diabaikan sama sekali. Pakej lengkap sesebuah kejayaan ialah usaha, doa dan bertawakkal kepada Allah. Seandainya salah satu tidak ada maka tidak mudah atau sukar seseorang itu mencapai kejayaan pada kebiasannya.

Terima kasih kepada Jawatankuasa UPSR yang telah menyusun tentatif program hari ini. Semoga setiap usaha yang kita buat akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah jua hendaknya. Selepas ini banyak lagi program yang akan menyusul dan diharapkan pencapaian calon-calon UPSR pada tahun ini terus melonjak naik dan dapat menandingi keputusan UPSR tahun sudah.

Marilah sama-sama kita berdoa dan bersesuaian dengan bulan Ramadhan yang akan tiba ini, marilah kita rebut peluang bersama untuk meningkatkan amal dan mengambil kesempatan untuk berdoa sebanyak mungkin agar usaha dan kerja buat kita mendapat pembalasan yang setimpal olehNya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...