Sunday, July 7, 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 (4 Julai 2013)



Khamis 4 Julai 2013 Telah berlangsung majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Majlis berjalan dengan lancar namun sedikit keruan kerana Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu tidak dapat hadir bersama walaupun itu adalah tarikh keramat yang beliau sendiri memilihnya untuk majlis ini.Namun manusia hanya mampu merancang Tuhan menentukan segalannya. 

Bagi SK Felda Jerangau Barat, dua guru yang menerima APC tahun lepas ialah Cg Noorazlinda Bt Mohd Tajuddin dan Ustazah Nazimah Bt Muda. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada beliau di atas penganugerahan tersebut. Sesungguhnya ia sudah pasti memberi dorongan dan semangat kepada mereka untuk terus berbakti kepada sekolah dan murid-murid dengan penuh komited dan dedikasi lagi pada masa-masa akan datang, begitu juga ia akan memberi semangat dan perangsang kepada rakan-rakan guru dan kakitangan sekolah untuk terus menjejak langkah dengan berusaha lebih gigih dan melakukankerja buat dengan penuh keihklasan demi anak didik dan skfjb.

Oleh yang demikian kepada guru-guru yang lain tidak seharusnya merasakan mereka yang tidak terpilih adalah tidak komited, tidak bagus, malas dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada sekolah, malahan jadikan ini semua sebagai dorongan yang kuat dan cuba sedaya upaya untuk melakukan tugasa dengan lebih tekun dan apa yang lebih penting ialah niat kita bukan semata-mata untuk menerima anugerah tetapi jadikan ia sebagai tanggungjawab yang mesti kita laksanakan dengan sebaik mungkin. Kalau pun tidak menerima anugerah manusia di muka dunia ini tetapi sudah pasti anugerah Illahi yang lebih bermakna akan diterima di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...