Sunday, November 17, 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2013 (12 November 2013)





12 NOVEMBER 2013 : Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SKFJB selesai disempurnakan pada hari ini, dirasmikan oleh En Che Soh Bin Che Weil, Pengerusi Felda Jerangau Barat. Program yang disusun dengan sederhana ini memberi penghargaan kepada pelajar dalam pelbagai kategori  untuk tempoh setahun ini. 

dalam ucapan Perasmian beliau mengharapkan kerjasama ibu bapa amat-amat perlu bagi tujuan kejayaan pelajar-pelajar kerana menyerahkan tanggungjawab kepada guru semata-mata tidak mungkin hasrat menempa kejayaan dalam pelbagai bidang tidak akan tercapai. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya membawa PSS ke pertadingan peringkat kebangsaan dan juga atas beberapa kejayaan peringkat negeri seperti Makmal ICT, PSS dan Pengurusan Pemulihan khas terbaik. Menurut beliau inilah yang dikatakan muafakat membawa berkat. Pihak Felda juga akan sentiasa memberi sokongan untuk kecemerlangan pelajar seperti melalui skim tuisyen felda yang diadakan saban tahun.

Terdahulu dalam ucapan guru besar, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG dan  ibu bapa yang sentiasa memberi komitmen dan sokongan terhadap apa jua program sekolah untuk kecemerlangan para pelajar. Begitu juga pihak-pihak lain yang turut membantu seperti Felda, PPD, JPN dan seluruh warga sekolah. Beliau berharap sokongan ini memberi kekuatan kepada warga sekolah untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan perasaan gembira tanpa sebarang tekanan.

Ucapan dimulakan oleh YDP PIBG yang sentiasa memberi komitmen yang padu dan sentiasa mendorong ibu bapa, guru dan pelajar ke arah kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut cemerlang dalam bidang akhlak dan sahsiah. Sebab itu pihak sekolah juga turut menadakan program-program kerohanian seperti tahbibil Quran setipa pagi dan baru-baru ini telah diadakan Kem 24434 yang boleh menjana ke arah lkecemerlangan sahsiah dan kerohanian pelajar.

Program yang diselang selikan dengan beberapa persembahan pelajar ini diakhiri dengan penyampaian anugerah Tokoh pelajar pada tahun ini. tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dan yang kurang berjaya anda jangan mudah putus asa kerana peluan anda masih ada dan cuba rebut peluang itu pada masa akan datang. InsyaAllah jika kesungguhan yang ditunjukkan Allah tidak akan sia-siakan usaha kita itu.


Saturday, November 16, 2013

Cemerlang UPSR 2013 (14 November 2013)


14 November 2013: SKFJB melakar sejarah apabila 9 orang pelajar diumumkan mendapat keputusan 5A dalam UPSR tahun ini. Seluruh warga SKFJB mengucapkan tahniah kepada mereka. Tahniah juga kepada  SKFJB daripada tukang kebun, pengawal keselamatan, kakitangan sekolah, pengusaha kantin, PIBG, ibu bapa, FELDA hinggalah kepada pihak pengurusan sekolah, PKG, PPD, BTPN dan JPN. 

seorang lagi pelajar tidak dapat hadir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...