Saturday, May 24, 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014 (18 Mei 2014)

Peristiwa: Sambutan Hari Guru 2014
Tarikh: 18 Mei 2014
Hari: Ahad
Lokasi: Dataran SK Felda Jerangau Barat

Pada tarikh 18 Mei 2014 (Ahad), SK Felda Jerangau Barat telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah yang telah diaturkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zahrulnizam dalam suasana yang agak sederhana tetapi meriah. Seperti biasa sambutan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Terenganu, lagu Sekolah dan disemarakkan lagi dengan lagu "Kami Guru Malaysia".

Perutusan dari KPPM dan Pengarah JPNT turut dibacakan oleh Guru Penolong Kanan HEM dan Kokurikulum, seterusnya guru-guru melafazkan ikrar guru yang diketuai oleh GPK Pentadbiran. Guru Besar turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut dan beliau mengajak semua pelajar supaya tanamkan rasa kasih dan sayang kepada semua guru kerana telah banyak jasa dan pengorbanan guru telah dicurahkan selama ini supaya pelajar menjadi manusia yang berjaya dan berakhlak mulia.

Pelajar-pelajar juga telah membuat persembahan untuk menghiburkan para guru dan ada juga dikalangan guru yang telah membuat persembahan mereka di pentas. Semoga hubungan yang erat dikalangan guru dan pelajar dapat menjadikan suasana pemeblajaran di kelas berlaku dengan berkesan.

Guru-guru juga telah bertukar-tukar hadiah antara sesama sendiri bagi merapatkan lagi ukhuwwah dan dengan hubungan yang erat menjadikan organisasi SKFJB lebih mantap dan berjaya mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan Kementerian Pelajaran. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...