Thursday, November 27, 2014

Tahniah kepada pelajar yang mendapat 5A! (26 November 2014)

Peristiwa: Majlis Penyerahan Keputusan UPSR 2014
Tarikh: 26 November 2015
Hari: Ahad
Lokasi: Dewan Al-Farabi SK Felda Jerangau Barat

27 November 2015 - Pada Oktober 2014 yang lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia iaitu Datuk Dr Khair Mohamad Yusuf telah mengumumkan bahawa keputusan UPSR bagi sesi 2014 akan dikeluarkan pada 26 November 2014 bagi seluruh sekolah rendah di Malaysia. Dan pada 26 November 2014, SK Felda Jerangau Barat telah menerima keputusan UPSR tersebut dari pihak kementerian pendidikan untuk diserahkan kepada semua murid-murid tahun 6 sekolah ini.

Daripada 34 orang calon, seramai 7 orang calon berjaya mendapat 5A di dalam UPSR tahun 2014. Pihak sekolah dengan rasa sukacitanya ingin mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan mereka ini. Bagi yang gagal memperolehi kejayaan ini, tiada lagi istilah kegagalan kerana mereka boleh menebus balik kegagalan ini di alam persekolahan menengah di dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM.

Untuk mendapatkan info:
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...