Tuesday, November 18, 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014 (16 dan 17 November 2014)


Peristiwa: Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2014
Tarikh: 16 dan 17 November 2014
Hari: Ahad dan Isnin
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SK Felda Jerangau Barat
Perasmian oleh:
1) Guru Besar SK Felda Jerangau Barat, En. Sabri b. Saad (16 November 2014)
2) Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin b. Haji Ali Hussin, P.J.K. (17 November 2014)

18 November 2014 - Pada 16 dan 17 November 2014 yang lepas, SK Felda Jerangau Barat telah menganjurkan satu majlis tahunan yang mana selalu diadakan pada setiap penghujung persekolahan (akhir tahun) iaitu "Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan". Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta memberi hadiah kepada murid-murid sekolah yang telah berjaya mendapat keistimewaannya masing-masing sepanjang tahun 2014 di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Majlis ini diadakan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengah hari, dan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Felda Jerangau Barat En. Sabri b. Saad untuk pada hari pertama, dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu Tuan Haji Shafruddin b. Haji Ali Hussin, P.J.K. untuk pada hari kedua. Majlis ini dirakamkan dan disiarkan melalui inovasi sekolah yang telah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah iaitu Citra TV.

Antara dif-dif jemputan yang hadir ke majlis ini ialah para ibu bapa murid sekolah, tuan pengurus Felda Jerangau Barat, YDP PIBG En. Bukharim b. Daud dan lain-lain lagi. Kami ingin mengucapkan terima kasih berbanyak-banyak kerana dapat sudi untuk menghadirkan diri ke majlis kami yang sederhana ini. Terima kasih.

Antara aturcara majlis yang diadakan pada hari kedua (17 November 2014):
  • Ketibaan dif-dif jemputan
  • Nyanyian lagu 'Negaraku'
  • Tarian 'Selamat Datang'
  • Bacaan doa
  • Ucapan aluan Pengerusi Majlis
  • Tanyangan Video Korporat sekolah
  • Ucapan YDP PIBG, En. Bukharim b. Daud
  • Ucapan Guru Besar, En. Sabri b. Saad
  • Ucapan Tuan Pengurus Felda Jerangau Barat
  • Ucapan Perasmian oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Tuan Haji Shafruddin b. Haji Ali Hussin, P.J.K.
  • Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan I
    • Graduasi dan Anugerah Pra-Sekolah
  • Persembahan 1 (Qalam-Jamaie-JQAF)
  • Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan II
    • Hadiah Kecemerlangan Akademik (Tahun 1-6)
    • Hadiah Cenderahati Pemulihan Khas
    • Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahun 1-6)
  • Persembahan Pra-Sekolah
  • Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan III
    • Anugerah Pingat Jauhari Nilam
    • Sijil dan Penghargaan Pengawas PSS & Pengawas Sekolah (Tahun 6)
    • Anugerah Sahsiah Terbaik
    • Anugerah Khas Tunas Harapan
    • Anugerah Khas Tokoh Nilam
    • Anugerah Khas Tokoh Ko-Kurikulum
    • Tokoh Pelajar 2014 (Lelaki dan Perempuan)
  • Persembahan Koir (Tahun 4 dan 6)
  • Jualan oleh pihak sekolah/luar
  • Tamat

Galeri Foto:
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Galeri Video:
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...