Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 55, 2012
Aturcara
Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri
Nyanyian Lagu Sekolah
Bacaan Yaasin
Ucapan Pelancaran
Gimik Pelancaran
Nyanyian Lagu Jalur Gemilang
Bacaan Doa
Bersurai
( gambar menyusul kemudian )
Halaman
Test
PENGENALAN SEKOLAH | SUDUT PENTADBIRAN | SUDUT ICT | LAIN-LAIN KATEGORI |
• Sejarah, Cogan Kata (Moto), Visi,
• Piagam Pelanggan, dan Objektif Sekolah • Lagu Negaraku, Terengganu, dan Sekolah • Logo dan Bendera Sekolah |
• Dari Meja Guru Besar
• Carta Organisasi Pengurusan • Sistem Staf dan Alumni |
• Aduan Kerosakan
• Tempahan Makmal ICT • YouTube Rasmi • Muat Turun Kertas EXAM |
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid • Pendidikan Islam (Dakwah) • KO-Kurikulum • PiBG |
Tuesday, July 17, 2012
Takziah...
Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada EIO Pn Zalina di atas pemergian ibunya ke Rahmatullah pada jam 6 petang semalam. Semoga tabah menghadapinya. Al Fatihah.
Tahniah kerana tak lama lagi bakal menimang cahaya mata....walau ibu tidak sempat melihat cucunya namun semoga kehadirannya menghilangkan rasa dukacita. Sabar menanti kehadirannya.....
Label:
Guru dan Kakitangan
Sunday, July 8, 2012
Selamat Pengantin Baru (2 Jun 2012)
Warga SKFJB mengucapkan selamat pengantin baru, semoga ceria-ceria selalu dan ikatan akan berkekalan serta berbahagia hingga
ke akhir hayat.
Layarilah bahtera rumahtangga dengan tabah dan sabar mudah-mudahan dikurinaikan zuriat yang ramai dan comel-comel semuanya.
Label:
Guru dan Kakitangan
Thursday, July 5, 2012
Kem Kecemerlangan UPSR 2012 (13-15 Jun 2012)
SK FELDA Jerangau Barat
telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR sebagaimana berikut:-
Tarikh : 13
– 15 Jun 2012 ( Rabu hingga Jumaat )
Tempat : D’Pengkalan
Nature & Lodge, Rantau Abang, Dungun
Bil. Peserta : 43
calon UPSR 2012
Program bertujuan memberi
persediaan secukupnya kepada murid-murid Tahun 6 menjelang Peperiksaan UPSR
yang akan menyusul pada bulan September nanti. Seramai 10 orang guru dan 43
orang murid telah menyertai kem kecemerlangan ini. Program selama 3 hari 2
malam ini telah dimantapkan dengan kehadiran lima orang fasilitator jemputan
yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing.
Hari
Pertama (Rabu)
Perjalanan bermula pada jam
11.30 pagi dan sampai pada jam 12.30 tengahari. Slot yang pertama bermula pada
pukul 2 petang iaitu Ice-Breaking Session yang mana murid-murid bersuai kenal
dengan lebih erat di samping melakukan aktiviti yang merangsang minda kreativiti
mereka. Pada sebelah petang pula, aktiviti riadah dilaksanakan di bawah
kendalian AJK UPSR. Slot Matematik diadakan pada jam 8 hingga 10 malam dan
dikendalikan oleh Y.M. Tengku Halim bin Tengku Ahmad dari SK Batu 7, Dungun.
Beliau memperkenalkan beberapa kaedah pengiraan cepat Matematik kepada
murid-murid di samping teknik-teknik berkesan menjawab soalan bagi subjek
tersebut.
Hari
Kedua (Khamis)
Fasilitator bagi subjek
Bahasa Inggeris yang juga merupakan Guru Besar SK Gong Pasir, Puan Nik Hamidah
binti Nik Ibrahim mengisi slot pagi pada hari kedua. Beliau merupakan Ketua
Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi daerah Dungun dan mempunyai banyak
pengalaman serta kepakaran dalam subjek tersebut. Pada jam 2 petang, teknik
menjawab subjek Sains telah disampaikan oleh Encik Rosmadi bin Abdullah dari SK
Sura, Dungun yang merupakan pakar dalam subjek tersebut. Kehadiran dan
kepakaran beliau diharap dapat membantu murid-murid menjawab soalan Sains
dengan betul. Aktiviti riadah dilaksanakan pada sebelah petang untuk memupuk
semangat jati diri murid-murid bagi menghadapi cabaran akan datang. Subjek
Bahasa Malaysia mengambil tempat pada sebelah malamnya. Slot ini dikendalikan
oleh guru pakar, Encik Mohammad bin
Ibrahim dari SK Batu 48, Dungun. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang
teknik-teknik yang betul bagi menjawab soalan Bahasa Malaysia.
Hari
Ketiga (Jumaat)
Pada
hari terakhir, jam 8 pagi, slot motivasi telah diadakan. Ceramah tersebut telah
disampaikan oleh guru kaunselor dari SMK Tengku Intan Zaharah iaitu Encik Musa
bin Awang. Beliau memperkenalkan teknik mengingat di samping memupuk semangat
ingin berjaya di kalangan murid-murid. Setelah selesai ceramah motivasi,
murid-murid bersiap sedia untuk pulang ke SK FELDA Jerangau Barat pada jam
11.30 pagi.
Kesimpulannya, Kem
Kecemerlangan UPSR 2012 ini banyak memberi impak yang positif dalam diri
pelajar. Sesungguhnya besarlah
harapan kami agar program seumpama ini
dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM)
Tuesday, July 3, 2012
Majlis Temu Murni dan Solat Hajat Kali Ke-2 (2 Julai 2012)
Pada 02.07.2012 (ISNIN) telah berlangsung solat hajat kali ke-2 UPSR bersama warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajar tahun 6. Alhamdulillah program berjalan lancar bermula solat fardhu zohor berjamaah, solat sunat hajat kemudian disusuli dengan bacaan yaasin dan tahlil ringkas diketuai oleh iman Felda Jerangau Barat
Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin... Selepas itu diadakan sesi temu murni antara ibu bapa dan guru-guru matapelajaran tahun 1 hingga 6 untuk membincangkan permasalahan akademik bagi penambahbaikan para pelajar.



Label:
Hal Ehwal Murid (HEM),
P. Islam (Dakwah),
PIBG
Subscribe to:
Posts (Atom)