Alhamdulillah SKFJB tidak kehilangan Guru Besar terlalu lama. Walau pemergian En Zubir amat-amat dirasakan namun dengan adanya pengganti beliau iaitu Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusof adalah disambut dengan baik dan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t. Semoga dengan pimpinan GB yang baru akan dapat meneruskan segala perancangan yang telah disusun sebelum ini disamping idea2 baru yang beliau bawa pastinya akan dapat memeriahkan lagi SKFJB untuk meraih pelbagai kecemerlangan selepas ini. InsyaAllah. Kami Warga SKFJB amat mengalu-alukan kedatangan Tuan Guru Besar yang Baru Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusof. Semoga dapat memberi sinar baru kepada seluruh wagra dan skfjb
Halaman
Test
| PENGENALAN SEKOLAH | SUDUT PENTADBIRAN | SUDUT ICT | LAIN-LAIN KATEGORI |
|
• Sejarah, Cogan Kata (Moto), Visi,
• Piagam Pelanggan, dan Objektif Sekolah • Lagu Negaraku, Terengganu, dan Sekolah • Logo dan Bendera Sekolah |
• Dari Meja Guru Besar
• Carta Organisasi Pengurusan • Sistem Staf dan Alumni |
• Aduan Kerosakan
• Tempahan Makmal ICT • YouTube Rasmi • Muat Turun Kertas EXAM |
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid • Pendidikan Islam (Dakwah) • KO-Kurikulum • PiBG |
Thursday, September 29, 2011
Thursday, September 22, 2011
SKFJB Kehilangan besar..... (16 September 2011)
TINGGAL KENANGAN
Guru Besar SK FELDA Jerangau Barat
( En Zubir Bin Harun )
16 September 2011 : SK Felda Jerangau barat merasai kehilangan yang amat besar apabila Guru Besarnya akan bertukar ke sekolah Tebing Tembah mulai tarikh tersebut. Beliau seorang yang sangat komited dengan tugas dan mengambil berat dalam semua aspek dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.
Seorang yang berjiwa kental dan sentiasa inginkan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan bagi dan memastikan ianya tercapai maka segala perilaku dan tindakan dijalankan secara kolektif dikalangan guru-guru SKFJB.
Walaupun terasa agak sukar menerima kenyataan ini namun ia tidak dapat ditahan dan semoga beliau akan lebih maju di sekolah yang baru serta diharapkan guru besar yang datang menggantikan beliau akan dapat meneruskan visi dan misi sekolah dengan apa cara beliau sekalipun agar sekolah kita akan terus melonjak maju mencapai kecemerlangan dan dapat target samada dari segi band, sbt, baih dan sebagainya. InsyaAllah..
Label:
Guru dan Kakitangan
Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Perasmian Bangunan Baru Prasekolah
Alhamdulillah pagi tadi sudah selesai majlis bacaan yasin dan solat sunat hajat sempena perasmian bangunan baru ( tambahan ) prasekolah. Ia dilaksanakan oleh semua guru yang berkesempatan dan pelajar2 tahun 6. InsyaAllah pada tengahari nanti Penolong Pegawai Pelajaran Daerah hulu Terengganu akan datang merasmikan majlis tersebut.
Mudah-mudahan dengan terbinanya bangunan tambahan ini akan memberi kekuatan dan semangat yang baru kepada guru prasekolah memandangkan sebelum ini hanya menumpang di bilik kelas biasa sahaja. Begitu juga diharapkan murid-murid pra juga akan dapat menerima pembelajaran awal kana-kanak dengan sempurna selaras dengan apa yang terdapat sub NKRA pendidikan yang memberi penekanan dan keutamaan kepada pendidikan prasekolah.
Label:
Landskap,
P. Islam (Dakwah),
Pra
Wednesday, September 14, 2011
Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia (2 Julai 2011)
2 Julai 2011 - Program Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah dijalankan pada 2 Julai yang lalu. Seramai 203 peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 telah mengambil bahagian dalam larian yang berprestij ini.
Lagu Tema : 1Murid 1Sukan
Ciptaan: Abdul Razahk Abd. Rahman
Nada: Bb MAJOR
Tempo: 120
Rentak: March
Durasi: 2.06 saat
Lagu Tema : 1Murid 1Sukan
Nada: Bb MAJOR
Tempo: 120
Rentak: March
Durasi: 2.06 saat
Lirik:
Semarakkan 1Murid 1Sukan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1Bangsa Malaysia
Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara
Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang
Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia
Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara
Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1Bangsa Malaysia
Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara
Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang
Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia
Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara
Semarakkan 1Murid 1Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1Murid 1Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan
Label:
Kesihatan,
KoKurikulum (KO)
Mengucapkan
Selamat Bertugas kepada
en.zulkifli bin mamat
( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
yang berpindah ke
SK FELDA MENGKAWANG
Pada
16 JUN 2011
Sebagai
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
DAN MENGANTIKAN
en.NORDIN BIN GHAZALI
( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
yang berpindah dari
SK FELDA MENGKAWANG ke SK FELDA JERANGAU BARAT
Pada
16 JUN 2011
Sebagai
Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Label:
Guru dan Kakitangan
Kem Anakku Sayang 3H2M (30 Jun 2011)
30 Jun 2011 hingga 2 Julai 2011
Peserta Murid Tahun 4 dan 5
Peserta Murid Tahun 4 dan 5
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan mendorong ke arah kejayaan kem yang julung-julung kali diadakan ini terutama kepada guru besar, Sektor Pendidikan Islam JPNT,guru-guru, kakitangan, barisan fasilitator, pejabat agama dan lain2 lagi.
![]() |
| Penghargaan Kepada fasi |
![]() |
| Para Peserta |
Tuesday, August 2, 2011
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah (15 Mei 2011)
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Lagu Guru Malaysia
- Lagu Tema
- Ikrar Hari Guru
- Bacaan Perutusan : KPM, MP, Pengarah JPNT
2. Acara Kedua
- Latihan Kebakaran
- Ceramah Bomba
- Demontrasi memadam kebakaran
15 Mei 2011 - Turut hadir ialah Pegawai Perhubungan sekolah En Hilmi b Sidek ( Pegawai PPDHT ) dan YDP PIBG En Wan Husin.Walaupun agenda hari guru tahun ini agak berbeza dari segi pengisiannya, hasil cetusan idea GB namun ia tetap disambut meriah dalam suasana sederhana.
Murid juga diberi peluang membuat persembahan ringkas, menyampaikan hadiah kepada guru-guru mereka sebagai tanda terima kasih. Turut diumumkan oleh Guru Besar En Zubir B Harun ialah Guru Setia Waja( ditentukan oleh pihak pentadbiran)di sandang oleh Pn Rokiah Bt Awang, guru popular lelaki dan perempuan ( melalui undian murid ) masing-masing dinobatkan kepada Ustaz Faizo B Mat dan Pn Siti Mahayu B Ayob.
Guru Setia Waja
Guru Popular Lelaki
Guru Popular Perempuan
Acara kemuncak ialah jamuan dan penyampaian hadiah dari kelab guru dan cabutan bertuah. Semoga keakraban antara guru dan kakitangan SKFJB terus mantap demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.
Label:
Guru dan Kakitangan
FESTIVAL NASYID MTQ 1432H
Alhamdulillah SK Felda Jerangau Barat muncul JUARA festival nasyid peringkat Zon KDSR 3 yang berlangsung pada 19 April yang lalu telah mengalahkan 10 buah sekolah yang lain. Terima kasih kepada semua warga SKFJB yang terlibat dan memberi dorongan ke arah kejayaan tersebut samada secara langsung atau tidak langsung.
Namun begitu memandangkan inilah kali pertama kumpulan nasyid SKFJB layak ke peringkat Daerah maka banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dan dipelajari.
Semoga Kumpulan Soutul Imtiyaz akan terus maju dan unggul di masa akan datang. InsyaAllah.
Wednesday, February 23, 2011
Aktiviti-Aktiviti Sekitar Tahun 2011
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2011
22 Februari 2011-Dewan Al-Bukhari,SKFJB. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah merupakan acara tahunan bagi Badan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Majlis ini diadakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara rasmi kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Watikah perlantikan initelah disempurnakan oleh Inspektor Mohd Izwan bin Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu. Pelbagai nasihat dan motivasi sempat diberikan oleh beliau kepada semua pengawas supaya menjadi seorang Pengawas yang berguna,berkaliber dan berkarsma. Majlis ini berjalan lancar hasil kerjasama yang padu daripada semua guru SKFJB. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
9 Februari 2011-Satu Majlis Temu Murni antara Guru SKFJB bersama penjaga pelajar UPSR 2011 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Al-Bukhari SKFJB. Program yang bermula pada jam 8 pagi ini mendapat maklum balas yang cukup menggalakkan daripada pelajar beserta penjaga masing masing dan boleh dikatakan kedatangan tahun ini adalah paling ramai sepanjang diadakan majlis seumpama ini. Majlis Penyerahan e-Book DUN Ajil 2011
7 Februari 2011-bertempat di Dewan SMK Bukit Diman telah berlangsung Majlis Penyerahan e-Book Dun Ajil 2011. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said. Seramai 598 orang pelajar telah menerima e-Book dalam majlis tersebut.
Label:
Guru dan Kakitangan,
Hal Ehwal Murid (HEM),
ICT,
KoKurikulum (KO),
PIBG,
PSS
Subscribe to:
Posts (Atom)











