Sunday, July 8, 2012

Selamat Pengantin Baru (2 Jun 2012)

Alhamdulillah EIO SK Felda Jerangau Barat telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya pada 2 Jun yang lalu.

Warga SKFJB mengucapkan selamat pengantin baru, semoga ceria-ceria selalu dan ikatan akan berkekalan serta berbahagia hingga  
                                                      ke akhir hayat.

Layarilah bahtera rumahtangga dengan tabah dan sabar mudah-mudahan dikurinaikan zuriat yang ramai dan comel-comel semuanya.

Thursday, July 5, 2012

Kem Kecemerlangan UPSR 2012 (13-15 Jun 2012)




SK FELDA Jerangau Barat telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR sebagaimana berikut:-
Tarikh            :           13 – 15 Jun 2012 ( Rabu hingga Jumaat )
Tempat          :           D’Pengkalan Nature & Lodge, Rantau Abang, Dungun
Bil. Peserta   :           43 calon UPSR 2012

Program bertujuan memberi persediaan secukupnya kepada murid-murid Tahun 6 menjelang Peperiksaan UPSR yang akan menyusul pada bulan September nanti. Seramai 10 orang guru dan 43 orang murid telah menyertai kem kecemerlangan ini. Program selama 3 hari 2 malam ini telah dimantapkan dengan kehadiran lima orang fasilitator jemputan yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing.

Hari Pertama (Rabu)
Perjalanan bermula pada jam 11.30 pagi dan sampai pada jam 12.30 tengahari. Slot yang pertama bermula pada pukul 2 petang iaitu Ice-Breaking Session yang mana murid-murid bersuai kenal dengan lebih erat di samping melakukan aktiviti yang merangsang minda kreativiti mereka. Pada sebelah petang pula, aktiviti riadah dilaksanakan di bawah kendalian AJK UPSR. Slot Matematik diadakan pada jam 8 hingga 10 malam dan dikendalikan oleh Y.M. Tengku Halim bin Tengku Ahmad dari SK Batu 7, Dungun. Beliau memperkenalkan beberapa kaedah pengiraan cepat Matematik kepada murid-murid di samping teknik-teknik berkesan menjawab soalan bagi subjek tersebut.

Hari Kedua (Khamis)
Fasilitator bagi subjek Bahasa Inggeris yang juga merupakan Guru Besar SK Gong Pasir, Puan Nik Hamidah binti Nik Ibrahim mengisi slot pagi pada hari kedua. Beliau merupakan Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi daerah Dungun dan mempunyai banyak pengalaman serta kepakaran dalam subjek tersebut. Pada jam 2 petang, teknik menjawab subjek Sains telah disampaikan oleh Encik Rosmadi bin Abdullah dari SK Sura, Dungun yang merupakan pakar dalam subjek tersebut. Kehadiran dan kepakaran beliau diharap dapat membantu murid-murid menjawab soalan Sains dengan betul. Aktiviti riadah dilaksanakan pada sebelah petang untuk memupuk semangat jati diri murid-murid bagi menghadapi cabaran akan datang. Subjek Bahasa Malaysia mengambil tempat pada sebelah malamnya. Slot ini dikendalikan oleh guru pakar,  Encik Mohammad bin Ibrahim dari SK Batu 48, Dungun. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang teknik-teknik yang betul bagi menjawab soalan Bahasa Malaysia.

Hari Ketiga (Jumaat)
Pada hari terakhir, jam 8 pagi, slot motivasi telah diadakan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh guru kaunselor dari SMK Tengku Intan Zaharah iaitu Encik Musa bin Awang. Beliau memperkenalkan teknik mengingat di samping memupuk semangat ingin berjaya di kalangan murid-murid. Setelah selesai ceramah motivasi, murid-murid bersiap sedia untuk pulang ke SK FELDA Jerangau Barat pada jam 11.30 pagi.


Kesimpulannya, Kem Kecemerlangan UPSR 2012 ini banyak memberi impak yang positif dalam diri pelajar. Sesungguhnya besarlah harapan kami  agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tuesday, July 3, 2012

Majlis Temu Murni dan Solat Hajat Kali Ke-2 (2 Julai 2012)

Pada  02.07.2012 (ISNIN)  telah berlangsung solat hajat kali ke-2 UPSR bersama warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajar tahun 6.  Alhamdulillah program berjalan lancar bermula solat fardhu zohor berjamaah, solat sunat hajat kemudian disusuli dengan bacaan yaasin dan tahlil ringkas diketuai oleh iman Felda Jerangau Barat 
Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin... Selepas itu diadakan sesi temu murni antara ibu bapa dan guru-guru matapelajaran tahun 1 hingga 6 untuk membincangkan permasalahan akademik bagi penambahbaikan para pelajar.


 

Monday, May 28, 2012

TAHNIAH..!!!!

Tahniah kepada warga SKFJB kerana telah menjuarai 4 dari 8 kategori yang terpilih dalam pertandingan keceriaan sempena hari guru peringkat daerah hulu terengganu.

Kategori yang masih kekal dijuarai ialah Kelas Kondusif dan makmal ICT
Manakala pada tahun ini dua lagi kateori yang dapat mencuri hati panel penilai ialah Makmal Sains dan Pejabat Sekolah

Semoga dengan kemenangan ini membawa suntikan semangat menjadikan suasana SKFJB penuh ceria dalam menyampaikan wadah pembelajaran kepada pelajar. InsyaAllah

Tahniah..

Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 (26 Mei 2012)

 " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " tema hari guru tahun ini. 

16 Mei 2012 ( Rabu )warga SKFJB telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan bacaan Yasin di dewan Al Bukhari kemudian diikuti dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri, lagu Guru Malaysia, lagu tema Hari Guru 2012 dan Bacaan Ikrar Guru.

Sambutan hari guru diserikan lagi dengan aktiviti mengupas kelapa, memasukkan benang ke dalam jarum, mengupas kulit epal, menghatar belon ( passing ) secara berkumpulan dan di akhiri dengan pertandingan memancing. Majlis kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran wakil PPD iaitu En Azeman Othman selaku pegawai perhubungan sekolah.

Tepat jam 11.00 pagi semua guru dan murid berkumpul di dewan sekali lagi untuk mengikuti siaran langsung sambutan hari guru peringkat kebangsaan.

Majlis bersurai setelah acara penyerahan hadiah kepada guru dan pemenang pertandingan diagihkan. Majlis diserikan dengan anugerah kepada guru-guru dengan pelbagai kategori.

Semangat Guru 
Bersedia untuk bacaan yasin
Hati2 tercucuk jari kan....hu hu
Murid menyaksikan gealgak guru

Thursday, May 17, 2012

Pertandingan Keceriaan

Antara kategori yang dipilih ialah
1. Tandas
2. Kantin
3. Kelas Kondusif
4. Kelas Prasekolah
5. Kelas Pemulihan
6. Makmal Sains
7. Makmal Komputer
8. Bilik Guru
9. Pejabat
10. Pusat Sumber Sekolah
11. Landskap

Sebanyak penambahan 4 kategori yang dipilih pada tahun ini iaitu Pejabat, bilik guru, Bilik pemulihan dan Landskap. Untuk rekod pada tahun lepas skfjb telah mengungguli kategori Kelas Kondusif dan Makmal Komputer.
Kelas Kondusif

Landskap
Harapan kita semua agar ada sinar baru pada tahun ini dengan penambahan beberapa kategori lagi dan dengan semangat dan kerjasama daripada warga sekolah yang amat memberangkan dengan pelbagai bentuk sumbangan dan  pengorbanan termasuk tenaga, idea, masa dan kewangan menjadi penggerak kepada para panel penilaian untuk memilih setiap kategori yang dipertandingakan dengan memberi keputusan yang meihak kepada sekolah kita. InsyaAllah.
Bilik Pemulihan

Bilik GBS
Kelas Prasekolah
Terima kasih semua, semoga jasa bakti semua akan mendapat balasan setimpal daripada Allah s.w.t dan semoga amalan ini akan berterusan bukan sahaja untuk pertandingan semata-mata kerana Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.

Wednesday, April 11, 2012

Aktiviti Sekolah Pada Suku Pertama

panel hakim perarakan PK1, GB, PK hem

guru-guru wanita skfjb

Caramah disampaikan oleh ustaz Tajuddin Penyelia Agama PPDHT


pertandingan nasyid tahap 2

busana islam

pertandingan busana islam tahap 1

 Acara Sambutan Maulidu Rasul

 Bawah : Kumpulan Marhaban Kg Felda Tersat
Ketibaan En Rashid Pegawai Kaunselor PPD sebagai Motivator disambut oleh Guru Besar dan PK 1

Temu Murni dan Motivasi Bersama Ibu Bapa
solat hajat upsr


Saturday, February 18, 2012

Lagi Kebanggaan SKFJB

Alhamdulillah...satu lagi kebanggaan yang harus dirasai bersama oleh warga SKFJB kerana dua pasukan sukan telah dapat masing-masing mewakili kejohanan ping pong ke peringkat negeri yang akan berlangsung di negeri Sabah dan dan pasukan Sepak takraw yang akan mewakili zon yang akan diaadakan di daerah hulu terengganu tidak lama lagi.

Setingggi-tinggi tahnia kepada pemain-pemain yang telah megharumkan nama sekolah dan tidak lupa tahniah dan terima kasih kepada juru latih yang bertungkus lumus setiap petang berkorban tenaga dan masa untuk memastikan pasukan kita akan menang. Jurulatih yang dimaksudkan ialah YM cg Tg Abd Halim, cg Yusoff dan cg Nik Aziz.

Semangat begini seharusnya ada pada setiap warga SKFJB untuk memastikan sekolah sentiasa berada ditahap pencapaian yang cemerlang dalam segenap bidang samada akademik maupun kokurikulum.

Semoga pemain kita akan membawa tuah di perinkat daerah dan negeri tidak lama lagi...amin

Wednesday, February 15, 2012

Program Temu Murni Dan Motivasi Kali-1 (8 Februari 2012)


Program  Temu Murni Dan Motivasi  Kali  Pertama    UPSR  2012  telah  diadakan  pada  08.02.2012 (RABU)  bertempat  di  Dewan  Al-Bukhari  SKFJB. Semua  ibu  bapa  calon  UPSR  telah  dijemput  menghadirinya. Penceramah jemputan ialah En.Rashid bin Taib (Pegawai Kaunselor Pentadbir,PPHT) yang menyampaikan ceramah bertajuk Hala Tuju UPSR 2012. Selain itu diadakan penyerahan akujanji dan slip peperiksaan TOV. Dalam majlis ini juga diadakan simbolik penyerahan  MENTO MENTEE. Selepas itu diadakan sesi temu murni antara ibu bapa dan guru-guru matapelajaran tahun 6 untuk membincangkan permasalahan akademik bagi penambahbaikan para pelajar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...