Friday, March 29, 2013

Jadilah Guru Yang Hebat


Guru yang hebat dan cemerlang perlu memiliki ciri-ciri berikut:
  1. Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar'- melakukan kebaikan mencegah keburukan.
  2. Meletakkan ilmu dan pengajaran melebihi kepentingan peribadi.
  3. Sentiasa mengemaskini maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan.
  4. Mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan teknologi pendidikan.
  5. Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran.
  6. Adil saksama dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar.
  7. Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti melibatkan pelajar.
  8. Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah bukan dengan cara memarahi.
  9. Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluangkan masa untuk membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka.
  10. Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan memperkembangkan idea pelajar.
  11. Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka benar-benar terlatih atau faham mengenainya.
  12. Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran dan kemampuan berlainan.
  13. Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani  dan dihormati pelajar.
  14. Cakna terhadap sahsiah dan tingkahlaku para pelajar.
  15. Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas.
  16. Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan / kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar.
  17. Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai budaya maktab dan masyarakat.
  18. Bijak mengurus dan menggunakan masa.
  19. Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi menyenangkan, berjenaka dan boleh menerima jenaka.
  20. Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling.
  21. Menghormati displin ilmu orang lain dan menghargai kelebihan orang lain
  22. Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang).
  23. Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah.
  24. Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan keberkesanan.
  25. Sentiasa menjadi model dan teladan (role model)
  26. Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam menjalankan tugas.
  27. Berani mencuba dan berflkiran terbuka.
  28. Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau rakan guru.
  29. Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan sejawat.
  30. Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan iktisas serta gemar menyebarkan ilmu. 

Jerangau Barat Hebat 2013 ......JEBAT - 2013

Thursday, March 21, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 H (7 Februari 2013)

Sambutan maulidur rasul Peringkat Sekolah diadakan pada 7.2.2013


Program Guru Penyayang

Semoga Panjang Umur dan sihat selalu
Selamat hari lahir ( suapan sayang daripada seorang murid kepada GB )

Bantuan Awal Persekolahan


Peneraju Sekolah Pn Hjh Zaiton Mohd Yusoff ( GB )
Pendaftran
YB dato' Rosol menyampaikan bantuan
Peg Polis yang mengiringi majlis tunai RM
YB berkata sesuatu kepada penerima dan ibu bapa

Lawatan Ke Pesta Buku Terengganu dan TTI

Pesta Buku



TTI
Bersedia Menyusuri Sungai Terengganu
Sambil mendengar penerangan sepanjang menyusuri sungai
Antara Guru Pengiring










MTQ dan festival Nasyid Zon KDSR3 (19-20 Mac 2013)

19.3.2013 ( selasa ) Di SK Peroh

20.3.2013 ( rabu ) di SK Bukit Bading

Tahniah kepada peserta MTQ dan Peserta Festival Nasyid Zon KDSR 3

Peserta Bercerita Perempuan berjaya menduduki tempat kedua
Peserta Bercerita Lelaki berjaya menduduki tempat ketiga
Kumpulan e-mej solihin berjaya menduduki tempat ke dua

InsyaAllah peserta bercerita perempuan dan kumpulan nasyid akan mewakili zon ke peringkat Daerah pada 3.4.2013 di SMK Bukit Diman

terima Kasih kepad semua guru yang terlibat dalam memberi sokongan dan dorongan kepada peserta2 yang mengambil bahagian.

Tuesday, February 19, 2013

Ujian Permata Pintar UKM dan Kempen 1Hari 1Sekolah 1Pelajar


Makluman Kepada Pelajar SK FELDA Jerangau Barat

  • Pelajar-pelajar yang berminat digalakkan untuk menyertai Ujian saringan PERMATApintar UKM1 tahun 2013 bermula pada 1 Februari 2013 hingga 30 Mei 2013.
  • Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
  • Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
  • Ujian saringan UKM1 ini boleh dilaksanakan samada di sekolah, rumah dan di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai . Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
  • Ujian ini adalah secara percuma dengan mengakses laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my

Syarat-syarat dan peraturan:
  • Pelajar mestilah berumur umur 8 hingga 15 tahun.
  • Semasa mengisi maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga, jika didapati maklumat palsu, walaupun pelajar melepasi skor kelayakan, maka   pelajar tidak layak menduduki ujian UKM2 atau USIM-1.
  • Sekiranya orang lain yang menjawab soalan bagi pihak pelajar atau pelajar meniru, maka pelajar akan terperangkap semasa ujian saringan kedua UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan.
  • Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa mengisi maklumat dan menjawab soalan.

Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut.


Harap Maklum.

Sekian terima kasih.



MAKLUMAT INI DIPERLUKAN. SILA SEDIAKANNYA SEBELUM KE BILIK KOMPUTER.

1. Maklumat Pelajar


2. Carian Maklumat Sekolah

3. Kemaskini Maklumat Sekolah

4. Maklumat Pelajar dan Maklumat Sekolah

Thursday, January 31, 2013

Perarakan Maulidur Rasul 1434 H

Alhamdulillah pagi tadi seramai 30orang murid skfjb telah menyertai perarakan maulidur rasul bersama 6 orang guru pengiring yang diadakan di hulu teengganu bermula dari sk tai ke padang astaka. walaupun cuaca pada mulanya agak renyai renyai namun ia tidak berlarutan hingga akhir progrm. Pasukan sekolah telah bekerja keras untuk memberi persembahan terbaik namun pihak hakim mempunyai pandangan tersendiri dengan memilih sekolah sk seri berang sebagai juara kategori sekolah rendah perarakan trbaika...sedikit kecewa namu berpuas hati kerana tewa tapi bermaruah kerana pelbagai persiapan telah dibuat dengan begitu baik.
terima kasih kepada semua yang trlibat membantu menjayakan pasukan skfjb.

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul



Sajak Maulidur Rasul
Submitted by admin on Sun, 2006-12-31 18:48
Sajak Maulidur Rasul
oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi
Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...