Peristiwa: Bengkel Pertolongan Cemas dan Bantuan Awal untuk Kanak-Kanak Tarikh: 2 Mac 2015 Hari: Isnin Masa: 10 pagi Lokasi: Dewan Sekolah Al-Farabi SK Felda Jerangau Barat
3 Mac 2015 - Pada 2 Mac 2015 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan satu bengkel keselamatan manusia iaitu "Bengkel Pertolongan Cemas dan Bantuan Awal untuk Kanak-Kanak".
Bengkel ini diadakan di dewan sekolah bermula pada pukul 10.00 pagi. Bengkel ini juga dihadiri oleh ibu bapa murid dari warga penduduk kampung Felda Jerangau Barat.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengajar dan memberi kesedaran kepada murid-murid sekolah tentang pentingnya keselamatan diri masing-masing supaya mereka dapat peka kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada kecuaian.
Di mana ada pertemuan, disitulah juga ada perpisahan. Inilah yang telah dihadapi oleh dua orang guru berpangkat tinggi yang telah lama berkhidmat di SK Felda Jerangau Barat baru-baru ini. Mereka yang dimaksudkan ialah mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) iaitu En. Faizo b. Mat, dan mantan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Musa Khan b. Kana.
Atas arahan oleh pihak atasan, En. Faizo b. Mat telah ditukarkan ke SK Seri Buluh, Kuala Berang, Terengganu untuk ditugaskan sebagai guru PK HEM yang baru di sana, berkuatkuasa pada 16 Disember 2014, manakala En. Musa Khan b. Kana pula telah ditukarkan ke SK Bukit Diman (kini ditukar sekali lagi ke SK Peroh) untuk ditugaskan sebagai guru PK Pentadbiran yang baru di sana, berkuatkuasa pada 1 Mac 2015.
Ketiadaan mereka di sekolah ini telah banyak memberi impak kepada mana-mana aspek, namun kekosongan ini telah pun diisi oleh guru baru yang menggantikannya. En. Faizo b. Mat telah digantikan oleh En. Ismail b. Mat Yaman. Sebelum ini beliau telah bertugas sebagai guru PK HEM di SK Peroh, Hulu Terengganu. Manakala untuk En. Musa Khan b. Kana, beliau telah diganti oleh guru dari sekolah ini juga iaitu Pn. Wahidah bt. Abd. Halim.
Sekolah ingin mengucapkan selamat datang kepada En. Ismail b. Mat Yaman dan selamat bertugas kepada Pn. Wahidah bt. Abd. Halim sebagai guru-guru penolong kanan baru sekolah ini.
Pada hari Isnin bertarikh 26 Januari 2015 yang lepas, SK Felda Jerangau Barat telah pun menganjurkan majlis pertemuan dan perpisahan untuk mantan PK HEM En. Faizo b. Mat bagi mengenangkan kembali jasa-jasa yang telah pernah banyak beliau sumbangkan ke arah peningkatan dalam prestasi sekolah.
Sekolah juga ingin juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Faizo b. Mat dan En. Musa Khan b. Kana di atas jasa dan sumbangan mereka kepada sekolah ini. Kami berdoa agar mereka dapat bertugas dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi penolong kanan masing-masing di tempat baru mereka dengan lebih telus dan amanah.
Peristiwa: Majlis Penyampaian Pingat dan Sijil Wakil Daerah Hulu Terengganu Kejohanan Bola Baling Tarikh: 1 Mac 2015 Hari: Ahad Lokasi: Dataran Perhimpunan SK Felda Jerangau Barat
Ucapan Tahniah yang tak terhingga kepada johan, adik Nur Ain bt. Abd. Kadir.