Wednesday, February 23, 2011

Aktiviti-Aktiviti Sekitar Tahun 2011


Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Sesi 2011

22 Februari 2011-Dewan Al-Bukhari,SKFJB. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah merupakan acara tahunan bagi Badan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah.
Majlis ini diadakan oleh pihak sekolah bertujuan untuk memberi pengiktirafan secara rasmi kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Watikah perlantikan initelah disempurnakan oleh Inspektor Mohd Izwan bin Jamaluddin, Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu. Pelbagai nasihat dan motivasi sempat diberikan oleh beliau kepada semua pengawas supaya menjadi seorang Pengawas yang berguna,berkaliber dan berkarsma. Majlis ini berjalan lancar hasil kerjasama yang padu daripada semua guru SKFJB. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Program Temu Murni Warga UPSR 2011

9 Februari 2011-Satu Majlis Temu Murni antara Guru SKFJB bersama penjaga pelajar UPSR 2011 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Al-Bukhari SKFJB. Program yang bermula pada jam 8 pagi ini mendapat maklum balas yang cukup menggalakkan daripada pelajar beserta penjaga masing masing dan boleh dikatakan kedatangan tahun ini adalah paling ramai sepanjang diadakan majlis seumpama ini.


Majlis Penyerahan e-Book DUN Ajil 2011

7 Februari 2011-bertempat di Dewan SMK Bukit Diman telah berlangsung Majlis Penyerahan e-Book Dun Ajil 2011. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato' Seri Ahmad bin Said. Seramai 598 orang pelajar telah menerima e-Book dalam majlis tersebut.

Sunday, March 28, 2010


En.Zubir bin Harun
Guru Besar
  Mengucapkan 
Selamat Bertugas kepada 

en.Suhaimi bin shaari
( Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum )

yang berpindah ke

SK LKTP BUKIT BADING
Pada
16 Februari 2011
  Sebagai
Guru Penolong Kanan Pentadbiran









Monday, February 1, 2010

Selamat Datang ke Blog Rasmi SK Felda Jerangau Barat

Selamat datang kami ucapkan!
Semoga anda semua dapat melayari laman web kami yang tidak seberapa ini dengan senang wenangnya.
Kami ucapkan bebanyak ucapan terima kasih tidak terhingga kerana sudi melayari laman web ini.
Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...