26 Januari 2012 telah berlangsung solat hajat pertama UPSR bersama warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajat tahun 6. Alhamdulillah program berjalan lancar bermula solat fardhu zohor berjamaah, solat sunat hajat kemudian disusuli dengan bacaan yaasin dan tahlil ringkas diketuai oleh iman Felda Jerangau Barat Tn Hj Senik.
Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin...
Halaman
Test
| PENGENALAN SEKOLAH | SUDUT PENTADBIRAN | SUDUT ICT | LAIN-LAIN KATEGORI |
|
• Sejarah, Cogan Kata (Moto), Visi,
• Piagam Pelanggan, dan Objektif Sekolah • Lagu Negaraku, Terengganu, dan Sekolah • Logo dan Bendera Sekolah |
• Dari Meja Guru Besar
• Carta Organisasi Pengurusan • Sistem Staf dan Alumni |
• Aduan Kerosakan
• Tempahan Makmal ICT • YouTube Rasmi • Muat Turun Kertas EXAM |
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid • Pendidikan Islam (Dakwah) • KO-Kurikulum • PiBG |
Friday, January 27, 2012
Wednesday, January 4, 2012
Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah (1 Januari 2012)
Alhamdulillah...masih diberi ruang dan kesempatan oleh Pemilik Alam kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh hala tujunya. Semoga dengan kesempatan dan ruang yang diberikan pada tahun ini digunakan sebaik mungkin dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Kepada semua tenaga pengajar skfjb dan pelajar-pelajar serta warga kerja sekolah selamat menempuh tahun baru dan sama-samalah kita mempertingkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada tahun ini. InsyaAllah.
Semoga kerja buat kita pada tahun ini dipermudahkan olehNya dengan semangat dan tekad serta kesungguhan yang berlipat kali ganda akan membuahkan hasil yang lumayan untuk kebaikan kita bersama.
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM)
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433 H
Assalamualaikum,
Warga SKFJB ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada selurh umat Islam. Semoga dengan kedatangan Tahun Baru kali ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya dalam segala aspek labih-lebih lagi dalam meningkatkan amal ibadah kepada Allah menjadi insan yang lebih bertaqwa. insyaAllah.
Label:
P. Islam (Dakwah)
Thursday, November 17, 2011
Keputusan UPSR 2011
TAHNIAH!
PELAJAR YANG BERJAYA MENDAPAT 5A
![]() |
| Hidayat, Husna, Izzati |
1 MUHD. HAFIZAM HIDAYAT B GHAZALI
2 NUR IMAN HUSNA BT MOHD BASRI
3 NURUL IZZATI BT MOHAMAD SAKILA
PELAJAR YANG MENDAPAT 4A1B
1 MUHAMMAD NAZMIEE B MOHD MAZUKI
2 WAN HAZARULNIZAM B WAN HUSSAIN
3 CHE NOR SYAMIRA BT CHE ISMAIL
4 NOR NADIA BT ABDUL RAHMAN
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM)
Tuesday, November 15, 2011
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011
| (Gambar Atas ) Wakil PPD En Roslan B Othman dan Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff menyampaikan ucapan masing-masing (Gambar Bawah )Antara Sidang hadirin |
![]() |
| Pelajar Diraikan dan Dihargai |
![]() |
| Tokoh Pelajar Lelaki 2011 ( Muhd Hafizam Hidayat Bin Ghazali ) |
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM)
Thursday, October 20, 2011
Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Guru & Kakitangan 2011 (18 Oktober 2011)
18 Oktober : Kelab Guru dan Kakitangan SKFJB telah berjaya menganjurkan program Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Guru serta kakitangan sekolah yang telah bertukar pada tahun 2011.
Jamuan kali ini telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu bertempat di Cascade Room. Antara guru yang diraikan ialah
- Mantan Guru Besar En Zubir Bin Harun bertukar ke SK Tebing Tembah, Dungun
- Mantan GPK Kokurikulum En Zulkifli B Mamat ke SK Felda Mengkawang
- Mantan Guru Pemulihan Pn Nina Aftina Bt Haradzi ke SK Bukit Perah
- En Mohamad - pekerja swasta - berhenti.
Jutaan terima kasih sekali lagi kepada mereka di atas yang telah banyak menabur bakti untuk kecemrlangan sekolah dan pelajar khasnya. jasa kalian tidak akan dilupakan. Pihak sekolah juga mendoakan agar kalian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan berjaya di tempat baru masing-masing
Jutaan terima kasih sekali lagi kepada mereka di atas yang telah banyak menabur bakti untuk kecemrlangan sekolah dan pelajar khasnya. jasa kalian tidak akan dilupakan. Pihak sekolah juga mendoakan agar kalian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan berjaya di tempat baru masing-masing
| Mantan Guru Besar dan Guru Besar Sedang Menyampaikan Ucapan Masing-Masing |
| Ceria Bertambah Mesra |
Label:
Guru dan Kakitangan
Aktiviti Pasca UPSR 2011
Pertandingan Busana Islam : Alhamdulillah buat julung kalinya aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun kali pertama diadakan namun peserta menunjukkan minat dan begitu teruja sekali lebih2 lagi program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada guru besar dengan memberi semangat dan di akhrinya beliau sempat memberi komentar dengan harapan program yang julung kalinya diadakan ini agar dapat diteruskan dengan memperbaiki sebarang kelemahan seperti mempelbagaikan lagi pakaian islam tidak bertumpu kepada baju kurung bagi peserta muslimah dan baju melayu bagi peserta muslim.
Pihak penganjur iaitu unit Hem dan Panitia Pendidikan Islam menyambut baik cadangan dan saranan tersebut dengan harapan program ini bukan sahaja untuk ditonton malahan memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya berpakaian meurut islam iaitu menutup aurta dengan sempurna.
Bukan itu sahaja program ini juga menguji kepetahan dan kebernasan idea para peserta apabila mereka terpaksa melalui pusingan yang ke dua iaitu menjawab soalan spontan berkaitan aurat yang dikemukan oleh juri.
Pihak penganjur iaitu unit Hem dan Panitia Pendidikan Islam menyambut baik cadangan dan saranan tersebut dengan harapan program ini bukan sahaja untuk ditonton malahan memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya berpakaian meurut islam iaitu menutup aurta dengan sempurna.
Bukan itu sahaja program ini juga menguji kepetahan dan kebernasan idea para peserta apabila mereka terpaksa melalui pusingan yang ke dua iaitu menjawab soalan spontan berkaitan aurat yang dikemukan oleh juri.
Pemenang akan menerima hadiah pada penghujung program pasca UPSR nanti. Tahniah kepada pemenang dan apa yang menarik sekali pertandingan ini disertai oleh seorang perserta bukan islam dan yang lebih mengejutkan beliau telah tampil sebagai juara busana kategori muslimah. Ini jelas terbukti bahawa pakaian islam sesuai utnuk semua kaum dan sebaliknya namun pakaian tersebut mestilah tidak melanggari syariat Allah s.w.t.
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM)
Thursday, September 29, 2011
Sambutan MERDEKA RAYA peringkat sekolah (29 September 2011)
29 September 2011. SKFJB telah berjaya mengadakan sambutan Merdeka Raya dengan cara yang penuh sederhana. Walaupun sudah berada di penghujung syawal namun sambutan yg telah dirancang bersama dengan Guru Besar yang baru dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Sambutan dan semua warga sekolah akhirnya sambutan Merdeka Raya berjaya juga diadakan dengan suasana yang penuh meriah sekali.
Antara Aktiviti yang dijalankan ialah ;
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Sultan, Lagu Sekolah dan Lagu2 Patriotik.
- Ucapan Guru Besar
- Pertandingan Nyanyian lagu raya
- Pertandingan Mewarna
- Tayangan Video Patriotik
- Jamuan
Label:
KoKurikulum (KO),
P. Islam (Dakwah)
Subscribe to:
Posts (Atom)








