Wednesday, April 11, 2012

Aktiviti Sekolah Pada Suku Pertama

panel hakim perarakan PK1, GB, PK hem

guru-guru wanita skfjb

Caramah disampaikan oleh ustaz Tajuddin Penyelia Agama PPDHT


pertandingan nasyid tahap 2

busana islam

pertandingan busana islam tahap 1

 Acara Sambutan Maulidu Rasul

 Bawah : Kumpulan Marhaban Kg Felda Tersat
Ketibaan En Rashid Pegawai Kaunselor PPD sebagai Motivator disambut oleh Guru Besar dan PK 1

Temu Murni dan Motivasi Bersama Ibu Bapa
solat hajat upsr


Saturday, February 18, 2012

Lagi Kebanggaan SKFJB

Alhamdulillah...satu lagi kebanggaan yang harus dirasai bersama oleh warga SKFJB kerana dua pasukan sukan telah dapat masing-masing mewakili kejohanan ping pong ke peringkat negeri yang akan berlangsung di negeri Sabah dan dan pasukan Sepak takraw yang akan mewakili zon yang akan diaadakan di daerah hulu terengganu tidak lama lagi.

Setingggi-tinggi tahnia kepada pemain-pemain yang telah megharumkan nama sekolah dan tidak lupa tahniah dan terima kasih kepada juru latih yang bertungkus lumus setiap petang berkorban tenaga dan masa untuk memastikan pasukan kita akan menang. Jurulatih yang dimaksudkan ialah YM cg Tg Abd Halim, cg Yusoff dan cg Nik Aziz.

Semangat begini seharusnya ada pada setiap warga SKFJB untuk memastikan sekolah sentiasa berada ditahap pencapaian yang cemerlang dalam segenap bidang samada akademik maupun kokurikulum.

Semoga pemain kita akan membawa tuah di perinkat daerah dan negeri tidak lama lagi...amin

Wednesday, February 15, 2012

Program Temu Murni Dan Motivasi Kali-1 (8 Februari 2012)


Program  Temu Murni Dan Motivasi  Kali  Pertama    UPSR  2012  telah  diadakan  pada  08.02.2012 (RABU)  bertempat  di  Dewan  Al-Bukhari  SKFJB. Semua  ibu  bapa  calon  UPSR  telah  dijemput  menghadirinya. Penceramah jemputan ialah En.Rashid bin Taib (Pegawai Kaunselor Pentadbir,PPHT) yang menyampaikan ceramah bertajuk Hala Tuju UPSR 2012. Selain itu diadakan penyerahan akujanji dan slip peperiksaan TOV. Dalam majlis ini juga diadakan simbolik penyerahan  MENTO MENTEE. Selepas itu diadakan sesi temu murni antara ibu bapa dan guru-guru matapelajaran tahun 6 untuk membincangkan permasalahan akademik bagi penambahbaikan para pelajar.

Friday, January 27, 2012

Solat Hajat Pertama UPSR (26 Januari 2012)

26 Januari 2012 telah berlangsung solat hajat pertama UPSR bersama warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajat tahun 6. Alhamdulillah program berjalan lancar bermula solat fardhu zohor berjamaah, solat sunat hajat kemudian disusuli dengan bacaan yaasin dan tahlil ringkas diketuai oleh iman Felda Jerangau Barat Tn Hj Senik.

Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin...

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah (1 Januari 2012)

Alhamdulillah...masih diberi ruang dan kesempatan oleh Pemilik Alam kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh hala tujunya. Semoga dengan kesempatan dan ruang yang diberikan pada tahun ini digunakan sebaik mungkin dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Kepada semua tenaga pengajar skfjb dan pelajar-pelajar serta warga kerja sekolah selamat menempuh tahun baru dan sama-samalah kita mempertingkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada tahun ini. InsyaAllah.

Semoga kerja buat kita pada tahun ini dipermudahkan olehNya dengan semangat dan tekad serta kesungguhan yang berlipat kali ganda akan membuahkan hasil yang lumayan untuk kebaikan kita bersama.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 H

Assalamualaikum,

Warga SKFJB ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada selurh  umat Islam. Semoga dengan kedatangan Tahun Baru kali ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya dalam segala aspek labih-lebih lagi dalam meningkatkan amal ibadah kepada Allah menjadi insan yang lebih bertaqwa. insyaAllah.

Thursday, November 17, 2011

Keputusan UPSR 2011

TAHNIAH!



PELAJAR YANG BERJAYA MENDAPAT 5A
Hidayat, Husna, Izzati
1 MUHD. HAFIZAM HIDAYAT B GHAZALI
2 NUR IMAN HUSNA BT MOHD BASRI
3 NURUL IZZATI BT MOHAMAD SAKILA
PELAJAR YANG MENDAPAT 4A1B



1 MUHAMMAD NAZMIEE B MOHD MAZUKI
2 WAN HAZARULNIZAM B WAN HUSSAIN
3 CHE NOR SYAMIRA BT CHE ISMAIL
4 NOR NADIA BT ABDUL RAHMAN

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011




(Gambar Atas ) Wakil PPD En Roslan B Othman dan
Guru Besar Pn Hjh Zaiton Bt Mohd Yusoff  menyampaikan ucapan masing-masing
(Gambar Bawah )Antara Sidang hadirin



Pelajar Diraikan dan Dihargai


Tokoh Pelajar Lelaki 2011 ( Muhd Hafizam Hidayat Bin Ghazali )

Thursday, October 20, 2011

Jamuan Akhir Tahun dan Perpisahan Guru & Kakitangan 2011 (18 Oktober 2011)

18 Oktober : Kelab Guru dan Kakitangan SKFJB telah berjaya menganjurkan program Jamuan Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Guru serta kakitangan sekolah yang telah bertukar pada tahun 2011.

Jamuan kali ini telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu bertempat di Cascade Room. Antara guru yang diraikan ialah

- Mantan Guru Besar En Zubir Bin Harun bertukar ke SK Tebing Tembah, Dungun
- Mantan GPK Kokurikulum En Zulkifli B Mamat ke SK Felda Mengkawang
- Mantan Guru Pemulihan Pn Nina Aftina Bt Haradzi ke SK Bukit Perah
- En Mohamad - pekerja swasta - berhenti.

Jutaan terima kasih sekali lagi kepada mereka di atas yang telah banyak menabur bakti untuk kecemrlangan sekolah dan pelajar khasnya. jasa kalian tidak akan dilupakan. Pihak sekolah juga mendoakan agar kalian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan berjaya di tempat baru masing-masing
Mantan Guru Besar dan Guru Besar Sedang Menyampaikan Ucapan Masing-Masing
Ceria Bertambah Mesra
Sesungguhnya majlis ini juga secara tidak langsung telah menambahkan lagi keakraban kami warga SKFJB yang diterajui oleh guru besar baru Pn Hjh Zaiton. Beliau juga seorang yang komited dan sentiasa menjaga kebajikan warga sekolah dalam semua perkara.

Menerima Hadiah Penghargaan
Semoga keakraban yang terjalin akan memudahkan sekolah mencapai misi dan visi yang telah digariskan bersama seiring dengan moto sekolah 'SEDERAP,  SEHASRAT DAN 1MATLAMAT' InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...