Tahniah kepada warga SKFJB kerana telah menjuarai 4 dari 8 kategori yang terpilih dalam pertandingan keceriaan sempena hari guru peringkat daerah hulu terengganu.
Kategori yang masih kekal dijuarai ialah Kelas Kondusif dan makmal ICT
Manakala pada tahun ini dua lagi kateori yang dapat mencuri hati panel penilai ialah Makmal Sains dan Pejabat Sekolah
Semoga dengan kemenangan ini membawa suntikan semangat menjadikan suasana SKFJB penuh ceria dalam menyampaikan wadah pembelajaran kepada pelajar. InsyaAllah
Tahniah..
Halaman
Test
| PENGENALAN SEKOLAH | SUDUT PENTADBIRAN | SUDUT ICT | LAIN-LAIN KATEGORI |
|
• Sejarah, Cogan Kata (Moto), Visi,
• Piagam Pelanggan, dan Objektif Sekolah • Lagu Negaraku, Terengganu, dan Sekolah • Logo dan Bendera Sekolah |
• Dari Meja Guru Besar
• Carta Organisasi Pengurusan • Sistem Staf dan Alumni |
• Aduan Kerosakan
• Tempahan Makmal ICT • YouTube Rasmi • Muat Turun Kertas EXAM |
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid • Pendidikan Islam (Dakwah) • KO-Kurikulum • PiBG |
Monday, May 28, 2012
Sunday, May 20, 2012
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 (26 Mei 2012)
" Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " tema hari guru tahun ini.
16 Mei 2012 ( Rabu )warga SKFJB telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan bacaan Yasin di dewan Al Bukhari kemudian diikuti dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri, lagu Guru Malaysia, lagu tema Hari Guru 2012 dan Bacaan Ikrar Guru.
Sambutan hari guru diserikan lagi dengan aktiviti mengupas kelapa, memasukkan benang ke dalam jarum, mengupas kulit epal, menghatar belon ( passing ) secara berkumpulan dan di akhiri dengan pertandingan memancing. Majlis kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran wakil PPD iaitu En Azeman Othman selaku pegawai perhubungan sekolah.
Tepat jam 11.00 pagi semua guru dan murid berkumpul di dewan sekali lagi untuk mengikuti siaran langsung sambutan hari guru peringkat kebangsaan.
Majlis bersurai setelah acara penyerahan hadiah kepada guru dan pemenang pertandingan diagihkan. Majlis diserikan dengan anugerah kepada guru-guru dengan pelbagai kategori.
Label:
Guru dan Kakitangan
Thursday, May 17, 2012
Pertandingan Keceriaan
Antara kategori yang dipilih ialah
1. Tandas
2. Kantin
3. Kelas Kondusif
4. Kelas Prasekolah
5. Kelas Pemulihan
6. Makmal Sains
7. Makmal Komputer
8. Bilik Guru
9. Pejabat
10. Pusat Sumber Sekolah
11. Landskap
Sebanyak penambahan 4 kategori yang dipilih pada tahun ini iaitu Pejabat, bilik guru, Bilik pemulihan dan Landskap. Untuk rekod pada tahun lepas skfjb telah mengungguli kategori Kelas Kondusif dan Makmal Komputer.
Harapan kita semua agar ada sinar baru pada tahun ini dengan penambahan beberapa kategori lagi dan dengan semangat dan kerjasama daripada warga sekolah yang amat memberangkan dengan pelbagai bentuk sumbangan dan pengorbanan termasuk tenaga, idea, masa dan kewangan menjadi penggerak kepada para panel penilaian untuk memilih setiap kategori yang dipertandingakan dengan memberi keputusan yang meihak kepada sekolah kita. InsyaAllah.
Terima kasih semua, semoga jasa bakti semua akan mendapat balasan setimpal daripada Allah s.w.t dan semoga amalan ini akan berterusan bukan sahaja untuk pertandingan semata-mata kerana Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.
1. Tandas
2. Kantin
3. Kelas Kondusif
4. Kelas Prasekolah
5. Kelas Pemulihan
6. Makmal Sains
7. Makmal Komputer
8. Bilik Guru
9. Pejabat
10. Pusat Sumber Sekolah
11. Landskap
Sebanyak penambahan 4 kategori yang dipilih pada tahun ini iaitu Pejabat, bilik guru, Bilik pemulihan dan Landskap. Untuk rekod pada tahun lepas skfjb telah mengungguli kategori Kelas Kondusif dan Makmal Komputer.
![]() |
| Kelas Kondusif |
![]() |
| Landskap |
![]() |
| Bilik Pemulihan |
![]() |
| Bilik GBS |
![]() |
| Kelas Prasekolah |
Wednesday, April 11, 2012
Aktiviti Sekolah Pada Suku Pertama
| panel hakim perarakan PK1, GB, PK hem |
| guru-guru wanita skfjb |
| Caramah disampaikan oleh ustaz Tajuddin Penyelia Agama PPDHT |
| pertandingan nasyid tahap 2 |
| busana islam |
| pertandingan busana islam tahap 1 |
|
Acara Sambutan Maulidu Rasul Bawah : Kumpulan Marhaban Kg Felda Tersat |
| Ketibaan En Rashid Pegawai Kaunselor PPD sebagai Motivator disambut oleh Guru Besar dan PK 1 |
| Temu Murni dan Motivasi Bersama Ibu Bapa |
| solat hajat upsr |
Saturday, February 18, 2012
Lagi Kebanggaan SKFJB
Alhamdulillah...satu lagi kebanggaan yang harus dirasai bersama oleh warga SKFJB kerana dua pasukan sukan telah dapat masing-masing mewakili kejohanan ping pong ke peringkat negeri yang akan berlangsung di negeri Sabah dan dan pasukan Sepak takraw yang akan mewakili zon yang akan diaadakan di daerah hulu terengganu tidak lama lagi.
Setingggi-tinggi tahnia kepada pemain-pemain yang telah megharumkan nama sekolah dan tidak lupa tahniah dan terima kasih kepada juru latih yang bertungkus lumus setiap petang berkorban tenaga dan masa untuk memastikan pasukan kita akan menang. Jurulatih yang dimaksudkan ialah YM cg Tg Abd Halim, cg Yusoff dan cg Nik Aziz.
Semangat begini seharusnya ada pada setiap warga SKFJB untuk memastikan sekolah sentiasa berada ditahap pencapaian yang cemerlang dalam segenap bidang samada akademik maupun kokurikulum.
Semoga pemain kita akan membawa tuah di perinkat daerah dan negeri tidak lama lagi...amin
Wednesday, February 15, 2012
Program Temu Murni Dan Motivasi Kali-1 (8 Februari 2012)
Program Temu Murni Dan Motivasi Kali Pertama UPSR 2012 telah diadakan pada 08.02.2012 (RABU) bertempat di Dewan Al-Bukhari SKFJB. Semua ibu bapa calon UPSR telah dijemput menghadirinya. Penceramah jemputan ialah En.Rashid bin Taib (Pegawai Kaunselor Pentadbir,PPHT) yang menyampaikan ceramah bertajuk Hala Tuju UPSR 2012. Selain itu diadakan penyerahan akujanji dan slip peperiksaan TOV. Dalam majlis ini juga diadakan simbolik penyerahan MENTO MENTEE. Selepas itu diadakan sesi temu murni antara ibu bapa dan guru-guru matapelajaran tahun 6 untuk membincangkan permasalahan akademik bagi penambahbaikan para pelajar.
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM),
PIBG
Friday, January 27, 2012
Solat Hajat Pertama UPSR (26 Januari 2012)
26 Januari 2012 telah berlangsung solat hajat pertama UPSR bersama warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajat tahun 6. Alhamdulillah program berjalan lancar bermula solat fardhu zohor berjamaah, solat sunat hajat kemudian disusuli dengan bacaan yaasin dan tahlil ringkas diketuai oleh iman Felda Jerangau Barat Tn Hj Senik.
Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin...
Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin...
Wednesday, January 4, 2012
Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah (1 Januari 2012)
Alhamdulillah...masih diberi ruang dan kesempatan oleh Pemilik Alam kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan yang masih jauh hala tujunya. Semoga dengan kesempatan dan ruang yang diberikan pada tahun ini digunakan sebaik mungkin dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Kepada semua tenaga pengajar skfjb dan pelajar-pelajar serta warga kerja sekolah selamat menempuh tahun baru dan sama-samalah kita mempertingkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada tahun ini. InsyaAllah.
Semoga kerja buat kita pada tahun ini dipermudahkan olehNya dengan semangat dan tekad serta kesungguhan yang berlipat kali ganda akan membuahkan hasil yang lumayan untuk kebaikan kita bersama.
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM)
Saturday, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah 1433 H
Assalamualaikum,
Warga SKFJB ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada selurh umat Islam. Semoga dengan kedatangan Tahun Baru kali ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya dalam segala aspek labih-lebih lagi dalam meningkatkan amal ibadah kepada Allah menjadi insan yang lebih bertaqwa. insyaAllah.
Label:
P. Islam (Dakwah)
Subscribe to:
Posts (Atom)







