Tuesday, July 17, 2012

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang

Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Sekolah sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 55, 2012

Aturcara

Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri
Nyanyian Lagu Sekolah

Bacaan Yaasin

Ucapan Pelancaran
Gimik Pelancaran

Nyanyian Lagu Jalur Gemilang
Bacaan Doa

Bersurai

( gambar menyusul kemudian )



Takziah...

Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada EIO Pn Zalina di atas pemergian ibunya ke Rahmatullah pada jam 6 petang semalam. Semoga tabah menghadapinya. Al Fatihah.

Tahniah kerana tak lama lagi bakal menimang cahaya mata....walau ibu tidak sempat melihat cucunya namun semoga kehadirannya menghilangkan rasa dukacita. Sabar menanti kehadirannya.....

Sunday, July 8, 2012

Selamat Pengantin Baru (2 Jun 2012)

Alhamdulillah EIO SK Felda Jerangau Barat telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hatinya pada 2 Jun yang lalu.

Warga SKFJB mengucapkan selamat pengantin baru, semoga ceria-ceria selalu dan ikatan akan berkekalan serta berbahagia hingga  
                                                      ke akhir hayat.

Layarilah bahtera rumahtangga dengan tabah dan sabar mudah-mudahan dikurinaikan zuriat yang ramai dan comel-comel semuanya.

Thursday, July 5, 2012

Kem Kecemerlangan UPSR 2012 (13-15 Jun 2012)




SK FELDA Jerangau Barat telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR sebagaimana berikut:-
Tarikh            :           13 – 15 Jun 2012 ( Rabu hingga Jumaat )
Tempat          :           D’Pengkalan Nature & Lodge, Rantau Abang, Dungun
Bil. Peserta   :           43 calon UPSR 2012

Program bertujuan memberi persediaan secukupnya kepada murid-murid Tahun 6 menjelang Peperiksaan UPSR yang akan menyusul pada bulan September nanti. Seramai 10 orang guru dan 43 orang murid telah menyertai kem kecemerlangan ini. Program selama 3 hari 2 malam ini telah dimantapkan dengan kehadiran lima orang fasilitator jemputan yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing.

Hari Pertama (Rabu)
Perjalanan bermula pada jam 11.30 pagi dan sampai pada jam 12.30 tengahari. Slot yang pertama bermula pada pukul 2 petang iaitu Ice-Breaking Session yang mana murid-murid bersuai kenal dengan lebih erat di samping melakukan aktiviti yang merangsang minda kreativiti mereka. Pada sebelah petang pula, aktiviti riadah dilaksanakan di bawah kendalian AJK UPSR. Slot Matematik diadakan pada jam 8 hingga 10 malam dan dikendalikan oleh Y.M. Tengku Halim bin Tengku Ahmad dari SK Batu 7, Dungun. Beliau memperkenalkan beberapa kaedah pengiraan cepat Matematik kepada murid-murid di samping teknik-teknik berkesan menjawab soalan bagi subjek tersebut.

Hari Kedua (Khamis)
Fasilitator bagi subjek Bahasa Inggeris yang juga merupakan Guru Besar SK Gong Pasir, Puan Nik Hamidah binti Nik Ibrahim mengisi slot pagi pada hari kedua. Beliau merupakan Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi daerah Dungun dan mempunyai banyak pengalaman serta kepakaran dalam subjek tersebut. Pada jam 2 petang, teknik menjawab subjek Sains telah disampaikan oleh Encik Rosmadi bin Abdullah dari SK Sura, Dungun yang merupakan pakar dalam subjek tersebut. Kehadiran dan kepakaran beliau diharap dapat membantu murid-murid menjawab soalan Sains dengan betul. Aktiviti riadah dilaksanakan pada sebelah petang untuk memupuk semangat jati diri murid-murid bagi menghadapi cabaran akan datang. Subjek Bahasa Malaysia mengambil tempat pada sebelah malamnya. Slot ini dikendalikan oleh guru pakar,  Encik Mohammad bin Ibrahim dari SK Batu 48, Dungun. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang teknik-teknik yang betul bagi menjawab soalan Bahasa Malaysia.

Hari Ketiga (Jumaat)
Pada hari terakhir, jam 8 pagi, slot motivasi telah diadakan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh guru kaunselor dari SMK Tengku Intan Zaharah iaitu Encik Musa bin Awang. Beliau memperkenalkan teknik mengingat di samping memupuk semangat ingin berjaya di kalangan murid-murid. Setelah selesai ceramah motivasi, murid-murid bersiap sedia untuk pulang ke SK FELDA Jerangau Barat pada jam 11.30 pagi.


Kesimpulannya, Kem Kecemerlangan UPSR 2012 ini banyak memberi impak yang positif dalam diri pelajar. Sesungguhnya besarlah harapan kami  agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Tuesday, July 3, 2012

Majlis Temu Murni dan Solat Hajat Kali Ke-2 (2 Julai 2012)

Pada  02.07.2012 (ISNIN)  telah berlangsung solat hajat kali ke-2 UPSR bersama warga sekolah dan ibu bapa/penjaga pelajar tahun 6.  Alhamdulillah program berjalan lancar bermula solat fardhu zohor berjamaah, solat sunat hajat kemudian disusuli dengan bacaan yaasin dan tahlil ringkas diketuai oleh iman Felda Jerangau Barat 
Mudah-mudahan atas berkat doa dan usaha semua pihak mendatangkan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR pada tahun ini. amin... Selepas itu diadakan sesi temu murni antara ibu bapa dan guru-guru matapelajaran tahun 1 hingga 6 untuk membincangkan permasalahan akademik bagi penambahbaikan para pelajar.


 

Monday, May 28, 2012

TAHNIAH..!!!!

Tahniah kepada warga SKFJB kerana telah menjuarai 4 dari 8 kategori yang terpilih dalam pertandingan keceriaan sempena hari guru peringkat daerah hulu terengganu.

Kategori yang masih kekal dijuarai ialah Kelas Kondusif dan makmal ICT
Manakala pada tahun ini dua lagi kateori yang dapat mencuri hati panel penilai ialah Makmal Sains dan Pejabat Sekolah

Semoga dengan kemenangan ini membawa suntikan semangat menjadikan suasana SKFJB penuh ceria dalam menyampaikan wadah pembelajaran kepada pelajar. InsyaAllah

Tahniah..

Sunday, May 20, 2012

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 (26 Mei 2012)

 " Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara " tema hari guru tahun ini. 

16 Mei 2012 ( Rabu )warga SKFJB telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Sambutan dimulakan dengan bacaan Yasin di dewan Al Bukhari kemudian diikuti dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri, lagu Guru Malaysia, lagu tema Hari Guru 2012 dan Bacaan Ikrar Guru.

Sambutan hari guru diserikan lagi dengan aktiviti mengupas kelapa, memasukkan benang ke dalam jarum, mengupas kulit epal, menghatar belon ( passing ) secara berkumpulan dan di akhiri dengan pertandingan memancing. Majlis kali ini turut diserikan lagi dengan kehadiran wakil PPD iaitu En Azeman Othman selaku pegawai perhubungan sekolah.

Tepat jam 11.00 pagi semua guru dan murid berkumpul di dewan sekali lagi untuk mengikuti siaran langsung sambutan hari guru peringkat kebangsaan.

Majlis bersurai setelah acara penyerahan hadiah kepada guru dan pemenang pertandingan diagihkan. Majlis diserikan dengan anugerah kepada guru-guru dengan pelbagai kategori.

Semangat Guru 
Bersedia untuk bacaan yasin
Hati2 tercucuk jari kan....hu hu
Murid menyaksikan gealgak guru

Thursday, May 17, 2012

Pertandingan Keceriaan

Antara kategori yang dipilih ialah
1. Tandas
2. Kantin
3. Kelas Kondusif
4. Kelas Prasekolah
5. Kelas Pemulihan
6. Makmal Sains
7. Makmal Komputer
8. Bilik Guru
9. Pejabat
10. Pusat Sumber Sekolah
11. Landskap

Sebanyak penambahan 4 kategori yang dipilih pada tahun ini iaitu Pejabat, bilik guru, Bilik pemulihan dan Landskap. Untuk rekod pada tahun lepas skfjb telah mengungguli kategori Kelas Kondusif dan Makmal Komputer.
Kelas Kondusif

Landskap
Harapan kita semua agar ada sinar baru pada tahun ini dengan penambahan beberapa kategori lagi dan dengan semangat dan kerjasama daripada warga sekolah yang amat memberangkan dengan pelbagai bentuk sumbangan dan  pengorbanan termasuk tenaga, idea, masa dan kewangan menjadi penggerak kepada para panel penilaian untuk memilih setiap kategori yang dipertandingakan dengan memberi keputusan yang meihak kepada sekolah kita. InsyaAllah.
Bilik Pemulihan

Bilik GBS
Kelas Prasekolah
Terima kasih semua, semoga jasa bakti semua akan mendapat balasan setimpal daripada Allah s.w.t dan semoga amalan ini akan berterusan bukan sahaja untuk pertandingan semata-mata kerana Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...