Monday, April 22, 2013

Lawatan Ke Rumah Murid Tahun 3 (18 April 2013)

Khamis 18 April - Guru Penolong Kanan HEM dan 2 orang guru telah berkunjung ke rumah Adik Nur Ain Misha untuk menyampaikan sedikit sumbangan di atas kemalangan yang dihadapinya. Adik Ain patah tangan dan terpaksa disemen untuk memulihkan seperti asal. Semasa kehadiran kami kebetulan adik Ain ke Hospital Kuala Berang untuk membuka balutan. Alhamdulillah pada 21 April adik ain telah dapat datang ke sekolah seperti biasa setelah 2 minggu berehat di rumah.

Neneknya yang ada di rumah ketika itu menrima sedikit sumbangan daripada pihak sekolah dan mengucapka terima kasih serta memberitahu adik Ain dah semakin sihat dan akan ke sekolah seperti biasa.


Thursday, April 18, 2013

Program 5 Minit PPDa

Gambar: Program 5 minit....ppda


Program 5 minit PPDa disampaikan oleh adik Najihah Zulkifli

Tuesday, April 16, 2013

Perhimpunan Mingguan

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
OLEH : USTAZAH SANISAH BT MOHD


Peristiwa yang berlaku pada minggu lepas :
1. Pertandingan Bola Jaring  Zon KDSR 3 di SK LKTP Bukit Bading - Pencapaian - Saguhati
2. Pertandingan MTQ Zon KDSR 3 - SK Peroh
    Pencapaian -i) Tilawah Perempuan - saguhati
                        ii) Bercerita Perempuan - Naib Johan - Layak ke pkt Daerah pd 4 April di                                              SMK Bukit   Diman
                       iii) Bercerita Lelaki - Ketiga
                       iv) Hafazan Perempuan - Saguhati
                        v) Hafazan Lelaki - Ketiga
3. Festival Nasyid Zon KDSR 3 - SK Bukit Diman
    Pencapaian - Naib Johan - layak wakili daerah pada 4 April di SMK Bukit Diman

4. Action Song Piala Sultan Mizan - Di SK Felda Tersat
    Pencapaian - Naib Johan - Layak Ke peringkat seterusnya akan ditetapkan kemudian.

UCAPAN GURU BERTUGAS
OLEH : EN AZIZ B MAMAT
TAJUK : SAYA BENCI DADAH

1. Nasihati murid jauhi dadah
2. Dadah membawa kesengsaraan jangka masa panjang
3. Pilih kawan yang baik
4. Usah mudah terpengaruh dengan ajakan kawan yang tidak baik
5. Ingat pesanan ibu bapa dan guru-guru
6. Dadah memusnahkan kehidupan dan mengundang penyakit yang merbahaya seperti AIDS

UCAPAN GURU PENOLONG KANAN HEM
EN FAIZO BIN MAT

Isu 1
1. Syukur kerana masih diberi kesempatan hidup oleh Allah
2. Tahniah kepada murid-murid yang memberi sumbangan dalam pelbagai acara untuk menaikkan nama sekolah
3. Pelajar yang terpilih menyertai pertandingan adalah yang terbaik dab mesti berlatih serta menunjukkan sikap bersungguh-sungguh untuk berjaya.
4. Teruskan perjuangan kepada yang berjaya mewakili peringkat daerah.

Isu 2
1. Disiplin semasa makan di d'cafe- beratur, makan di kantin sahaja, buang sisa makanan dan plastik dalam tong yang disediakan ( jangan letak atas tudung tong, dalam longkang, celah2 pasu bunga )
2. Disiplin semasa membaca doa...beratur diluar kelas, tadah tangan untuk amimkan doa, tunggu doa habis baru beredar dan pastikan suis kipas dan lampu serta tingkap dan pintu ditutup

Isu 3
1. Pelajar tahun 6 maih ada yang tidak datang kelas tambahan masa cuti
2. Untuk berjaya perlu ada DUIT ( doa, usaha, istiqamah dan tawakkal )
3. Masa berlalu begitu pantas dan tidak akan pernah berpatah balik.
4. Ubah sikap jika ingin berjaya dan beazam untuk menandingi calon2 UPSR tahun lepas.

Program Khidmat Bantu PSS Cemerlang 2012

Untuk mendapatkan info:

Friday, March 29, 2013

Jadilah Guru Yang Hebat


Guru yang hebat dan cemerlang perlu memiliki ciri-ciri berikut:
  1. Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar'- melakukan kebaikan mencegah keburukan.
  2. Meletakkan ilmu dan pengajaran melebihi kepentingan peribadi.
  3. Sentiasa mengemaskini maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan.
  4. Mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan teknologi pendidikan.
  5. Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran.
  6. Adil saksama dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar.
  7. Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti melibatkan pelajar.
  8. Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah bukan dengan cara memarahi.
  9. Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluangkan masa untuk membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka.
  10. Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan memperkembangkan idea pelajar.
  11. Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka benar-benar terlatih atau faham mengenainya.
  12. Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran dan kemampuan berlainan.
  13. Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani  dan dihormati pelajar.
  14. Cakna terhadap sahsiah dan tingkahlaku para pelajar.
  15. Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas.
  16. Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan / kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar.
  17. Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai budaya maktab dan masyarakat.
  18. Bijak mengurus dan menggunakan masa.
  19. Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi menyenangkan, berjenaka dan boleh menerima jenaka.
  20. Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling.
  21. Menghormati displin ilmu orang lain dan menghargai kelebihan orang lain
  22. Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang).
  23. Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah.
  24. Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan keberkesanan.
  25. Sentiasa menjadi model dan teladan (role model)
  26. Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam menjalankan tugas.
  27. Berani mencuba dan berflkiran terbuka.
  28. Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau rakan guru.
  29. Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan sejawat.
  30. Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan iktisas serta gemar menyebarkan ilmu. 

Jerangau Barat Hebat 2013 ......JEBAT - 2013

Thursday, March 21, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 H (7 Februari 2013)

Sambutan maulidur rasul Peringkat Sekolah diadakan pada 7.2.2013


Program Guru Penyayang

Semoga Panjang Umur dan sihat selalu
Selamat hari lahir ( suapan sayang daripada seorang murid kepada GB )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...