Friday, February 28, 2014

Jasamu Tetap Dikenang



Warga SKFJB mengucapkan selamat bertukar kepada Cikgu Nik Aziz Bin Nik Mahmud ke SK Kuala Dura berkuatkuasa pada 16 Februari yang lalu dan kepada Ustazah Sanisah Bt Mohd ke SK Pasir Nering bermula pada 1 Mac 2014.

Walaupun ini bukan kehendak mereka dan warga SKFJB untuk berpindah namun atas dasar kepentingan perkhidmatan dan bilangan guru yang lebih di SKFJB mereka terpaksa akur dengan arahan pihak Jabatan Pendidikan Daerah Hulu Terengganu.

Warga SKFJB mendoakan mereka akan terus dipermudahkan dalam segala urusan di sekolah baru masing-masing dan dapat berkhidmat dengan lebih baik dan cemerlang lagi. Terima kasih atas sumbangan dan bakti anda sepanjang berkhidmat di SKFJB yang mana banyak membantu pihak sekolah dalam perlbagai bidang untuk pembangunan sekolah samada dari segi pengajaran dan pembelajaran mahupun aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.
TERIMA KASIH
Jasa Kalian Tetap Dikenang

Sunday, February 16, 2014

Penilaian BAIAH 2013 (16 Februari 2014)

Peristiwa: Penilaian BAIAH 2013

Tahniah kepada seluruh warga SK Felda Jerangau Barat kerana telah menerima BAIAH pada tahun 2013. Teruskan berusaha untuk mengekalkan status ini pada tahun akan datang, InsyaAllah.
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Wednesday, February 5, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435 (23 Januari 2013)




23 Januari 2013 : Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama beberapa jalinan komuniti telah berjaya mengadakan sambutan majlis Maulidur Rasul 1453 dengan jayanya. Pada tahun ini sambutan lebih meriah kerana disertai oleh Sekolah Agama rakyat, Tadika Kemas, Kelas Khas PDK, Pihak Pengurusan Felda, Pihak JKK yang bermula dengan acara perbarisan selawat dari sekolah menuju ke masjid felda bertemakan " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah "

Acara di masjid diteruskan dengan santapan rohani yang disampaikan ustaz Mustafa merupakan seorang tenaga pengajar kelas fardhu ain di bawah Pejabat Yayasan Islam Terengganu. Program diteruskan dengan pertandingan nasyid tahap 2 dan pertandingan pakaian beragam untuk tahap 1.

Sesi terakhir ialah majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh tuan guru besar. Kepada semua adalah diharapka dengan sambutan ini menambahkan lagi rasa kecintaan kita kepad junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ketaatan kita kepada Allah s.w.t dalam menjalani kehidupan seharian. 

Allah berfirman dalam surah al-Ahzab, ayat 21, maksudnya “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu”. 
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aishah ada dinyatakan ”Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran” (hadith riwayat Muslim).
Dalil di atas menunjukkan bahawa akhlak Rasulullah SAW adalah sempurna kerana baginda mengamalkan segala ajaran di dalam al-Quran. Sesungguhnya Allah mengutuskan Rasulullah SAW kepada manusia untuk menjadi contoh terpilih, gambaran pelaksanaan yang sempurna lagi tinggi untuk kesempurnaan manusia sejagat. Sekiranya umat Islam mengikuti keperibadian Rasulullah SAW yang mulia, sesungguhnya mereka adalah manusia yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang agung, sentiasa mendapat kasih dan redha Allah.
Rabiulawal adalah bulan yang bersejarah bagi umat Islam kerana ia adalah bulan kelahiran Rasulullah SAW. Hari kelahiran Rasulullah SAW di sambut oleh umat Islam sebagai mensyukuri rahmat Allah menurunkan seorang pemimpin yang sudah mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kejayaan. Ia juga sebagai satu saranan untuk kita mengenang dan mengimbas kembali perjuangan baginda yang penuh rintangan, bagi membetulkan akidah ummah, serta untuk kemanusiaan dan keadilan sejagat.
Kita mencintai Rasulullah SAW kerana baginda mempunyai keperibadian yang tinggi. Rasa kecintaan itu tidak cukup dengan hanya dilahirkan dengan kata-kata, atau sambutan yang pelbagai. Rasa kecintaan itu sepatutnya dilahirkan dengan meniru sifat-sifat peribadi baginda. Sifat-sifat peribadi baginda yang mulia itulah yang menyebabkan baginda di sanjung tinggi, memandu manusia kepada kehidupan yang lebih cemerlang dan bahagia, di dunia dan di akhirat.
Rasulullah SAW bersifat benar di dalam segala keadaan. Baginda tidak pernah berdusta atau menyeleweng di dalam tingkah laku. Baginda bersifat amanah sejak kecil hingga diberikan gelaran al-Amin, dan diberikan kepercayaan untuk membawa barang dagangan Siti Khadijah. Seterusnya, baginda diberikan amanah yang paling besar, iaitu dilantik menjadi seorang Rasul.
Baginda bersifat adil, tidak memihak dalam membuat hukuman walaupun terhadap keluarganya sendiri. Baginda bersabda, “Demi Allah, seandainya anakku Fatimah, mencuri, nescaya aku potong tangannya.” Di samping itu, baginda juga mempunyai keyakinan diri. Dengan keyakinan dan ketabahan baginda, Islam sampai kepada kita hari ini. Baginda begitu gigih dan tekun dalam kehidupan. Semasa kecilnya, baginda menjadi pengembala kambing, kemudian berniaga pada zaman remaja, akhirnya berdakwah menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah. Baginda begitu cekal dan cekap menjalankan tugas di semua bidang seperti pengurusan rumahtangga, pentadbiran negara dan di medan perang. Baginda juga mempunyai sifat kesungguhan dalam usahanya menyebarkan Islam, menyatupadukan umat Islam dan melakukan ibadah kepada Allah. Baginda tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi tekanan daripada puak Quraisy.
Kecintaan kita kepada Rasulullah SAW menandakan wujudnya iman di dalam diri kita. Baginda bersabda, ” Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman hingga aku lebih dicintai daripada ayahnya,  anaknya dan seluruh manusia.” (hadith riwayat Bukhari)
Betapa mulia dan tingginya Rasulullah berdasarkan pada perbincangan di atas. Ia sudah cukup untuk kita menjadikan baginda idola kehidupan kita. Bagaimanakah caranya untuk  kita merasa dekat dengan baginda? Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (hadith riwayat Tarmizi) Oleh itu sama-samalah kita melazimi selawat ke atas Nabi junjungan kita, Muhammad SAW, Allahhumma solli ‘ala Muhammad.
 kelebihan selawat kpd nabi..

Peserta Rumah Merah

Peserta Rumah Kuning

Peserta Rumah Biru

Peserta Sekolah Agama Rakyat

Guru Besar dan kakitangan turut menyertai perarakan

Antara Komuniti Yang Turut Serta

Berselawat

khusuk Mendengar Ceramah

Penerima Hadiah Pertandingan


Sunday, January 5, 2014

Selamat Datang Kepada Guru Baru 2014 (1 Januari 2014)

Warga SK FELDA Jerangau Barat
 mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu:-


EN.MOHD RIDZUAN BIN EMBONG 
dari 
SK Siang Siang, Lawas, Serawak 
mulai 
                                                                    01 Januari 2014.

                                                                     Selamat datang..!

Guru Bertukar 2014

Kita akan kehilangan seorang guru yang paling kita sayangi dan kasihi . Sedih hati tidak terkira..berat hati ingin melepaskan cikgu yang pasti semua orang sayang..namun apa kan daya walaupun dengan linangan air mata, kami tetap merestui pemergian beliau dengan restu dan doa...Serangkap pantun buat cikgu...
 Raut wajah penuh ketenangan, 
Tidak terkalam kasih dijunjung, 
Jasamu tetap dikenang,
 Budimu tetap disanjung

En.Abdul Ghani bin Ibrahim
Guru Sains

  Mengucapkan 
Selamat Bertukar Ke

SK BUKIT PERAH,AJIL

Pada
01 Januari 2014
 


Saturday, January 4, 2014

Majlis Sukan Sekolah KoKurikulum 2014

Majlis Sukan Sekolah 2014

PENGERUSI : PN. HAJJAH ZAITON BT MOHD YUSOFF
NAIB PENGERUSI : EN.NORDIN BIN GHAZALI
SETIAUSAHA : EN.AMRAN BIN ARIF
PENYELARAS : EN. MOHD ZAHRULNIZAM BIN SALLEH
AHLI JAWATANKUASA : YM. TG ABD HALIM BIN TG MANSOR
: EN. AZIZ BIN MAMAT

RUMAH SUKAN MERAH
GURU PENOLONG KANAN HEM
YM. TG ABD HALIM B TG MANSOR (K)
EN. MOHD RIDZUAN BIN EMBONG
PN. SITI NOOR FAIZA BT AZHARI
PN. WAHIDAH BT ABD HALIM
PN. MUHARINI BT ROZAB
CIK ROZITA BT CHIK
CIK NOOR SAZELAWATI BT NGAH

RUMAH SUKAN BIRU
GURU PENOLONG KANAN 1
EN. MOHD ZAHRULNIZAM BIN SALLEH (K)
EN. MOHD BASRI BIN HARUN
PN. FARIZAN BT AYOB
PN. SANISAH BT MOHD
PN. NAZIMAH BT MUDA
PN. ZARMA BT ABDUL WAHAB
PN. NORSUHADA BT AHMAD

RUMAH SUKAN KUNING
GURU PENOLONG KANAN KO
EN. AZIZ BIN MAMAT ( K )
EN. NIK AZIZ BIN NIK MAHMUD
PN. ZAINON BT NGAH
PN. ROKIAH BT AWANG
PN. NOORAZLINDA BT MOHD TAJUDIN
PN. NORIANA BT MD NOR
PN. SITI MAHAYU NORASHIKIN BT AYOB
CIK NOORAIDA BT ABD KADIR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...