Program telah dilancarkan oleh Tuan Guru Besar seawal jam 8 pagi dengan dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan diikuti dengan larian 1000 langkah. Murid dan guru kelihatan sangat gembira dan menjalani aktiviti dengan penuh ceria. Kesihatan adalah elemen yang penting dalam memastikan guru dan murid dapat sama-sama memberi dan menerima ilmu pengetahuan. Sebab itu sekolah sentiasa menitik beratkan kesihatan semua warga sekolah.
Selain itu, program gotong royong juga menjamin keselamatan warga sekolah terutamanya dari pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi dan jika tidak dibendung maka boleh membawa kepada kematian.
Program-program sebegini harap dapat diteruskan pada masa-masa akan datang kerana impaknya amat besar kepada semua pihak.
Lihat koleksi foto lain di SINI.
No comments:
Post a Comment