Sunday, July 26, 2015

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2015 (25 Julai 2015)

Peristiwa: Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2015 (25 Julai 2015)
Tarikh: 25 Julai 2015 (Sabtu)
Lokasi: Dewan, Kantin dan Dataran Perhimpunan SK Felda Jerangau Barat

26 Julai 2015 - Seperti tahun-tahun yang lepas, SK Felda Jerangau Barat telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi peringkat sekolah untuk sesi 2015. Beberapa dif-dif kehormat dan jemputan hadir ke majlis yang serba meriah tetapi sederhana ini. Kami ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan/puan-puan kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami ini.

Antara acara-acara yang disediakan:
  • Cikgu YM. Tengku Halim bertindak menjadi MC (pengerusi majlis) sepanjang majlis ini berlangsung.
  • Peragaan pakaian-pakaian hari raya terbaik (Pertandingan Baju Raya Tercantik) oleh murid-murid sekolah.
  • Dendangan lagu-lagu raya dan ucapan Hari Raya daripada warga SK Felda Jerangau Barat.
  • Sesi penggambaran bersama warga SK Felda Jerangau Barat mengikut warna baju masing-masing.
  • Sesi penggambaran bersama dif-dif jemputan.
  • Dan lain-lain.
Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin daripada warga SK Felda Jerangau Barat. Semoga bulan Syawal ini menjadi makna yang baik bagi anda semua.

Antara foto-foto sepanjang peristiwa ini:
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Video:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...