Monday, April 22, 2013

Lawatan Ke Rumah Murid Tahun 3 (18 April 2013)

Khamis 18 April - Guru Penolong Kanan HEM dan 2 orang guru telah berkunjung ke rumah Adik Nur Ain Misha untuk menyampaikan sedikit sumbangan di atas kemalangan yang dihadapinya. Adik Ain patah tangan dan terpaksa disemen untuk memulihkan seperti asal. Semasa kehadiran kami kebetulan adik Ain ke Hospital Kuala Berang untuk membuka balutan. Alhamdulillah pada 21 April adik ain telah dapat datang ke sekolah seperti biasa setelah 2 minggu berehat di rumah.

Neneknya yang ada di rumah ketika itu menrima sedikit sumbangan daripada pihak sekolah dan mengucapka terima kasih serta memberitahu adik Ain dah semakin sihat dan akan ke sekolah seperti biasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...