Friday, October 25, 2013

Karnival Pendidikan Dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu (24 Oktober 2013)


24 Oktober 2013 - SKFJB menempa satu sejarah lagi dengan berjaya mengungguli sebanyak 3 Anugerah sempena Karnival Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2013 di Dewan Pusat Dagangan Negeri Terengganu yang telah disempurnakan oleh YB En Ghazali B Taib, Exco  Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas Khas.

Kategori yang menarik perhatian juri ialah Makmal ICT terbaik, Pusat Sumber Terbaik dan Pengurusan Pemulihan Khas Terbaik. Setiap satu anugerah telah menerima hadiah sebanyak RM500. Untuk rekod SKFJB telah menerima anugerah Makmal ICT terbaik untuk kali ke empat berturut-turut ( 2010, 2011,2012 dan 2013 ). 

Kemenangan ini memberi semangat kepada warga sekolah utnk terus mengekalkan prestasi dan berusaha untuk meraih banyak lagi kategori untuk tahun-tahun akan datang. Kemenangan ini adalah merupakan kemenagan semua pihak terutama guru-guru dan semua warga sekolah yang tidak pernah mengenal erti lelah walau terpaksa banyak berkorban samada dari segi tenaga, metarial dan masa. Tambahan pula pihak PPD, BTPNT, JPN dan PKG sentiasa memberi suntikan semangat dan perangsang untuk kami membuktikan bahawa SKFJB boleh.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan ke arah kejayaan ini, tanpa kerjasama dan komitmen banyak pihak kejayaan ini tidak mungkin menjadi realiti. Membina sebuah bangunan yang utuh perlu kepada semangat 'batu membatu' antara satu sama lain amat perlu. Jika batu tidak memegang antara satu sama lain maka sesebuah bangunan tidak akan terbina dengan tersergam indah. Pegangan itu perlu kukuh ibarat simen yang memberi kekuatan bersama adunan pepasir dan dalam masa yang sama  air yang lembut juga diperlukan dalam memberi sumbangan untuk mendapat kekuatan. Terima kasih semua.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...