Wednesday, February 5, 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435 (23 Januari 2013)




23 Januari 2013 : Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama beberapa jalinan komuniti telah berjaya mengadakan sambutan majlis Maulidur Rasul 1453 dengan jayanya. Pada tahun ini sambutan lebih meriah kerana disertai oleh Sekolah Agama rakyat, Tadika Kemas, Kelas Khas PDK, Pihak Pengurusan Felda, Pihak JKK yang bermula dengan acara perbarisan selawat dari sekolah menuju ke masjid felda bertemakan " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah "

Acara di masjid diteruskan dengan santapan rohani yang disampaikan ustaz Mustafa merupakan seorang tenaga pengajar kelas fardhu ain di bawah Pejabat Yayasan Islam Terengganu. Program diteruskan dengan pertandingan nasyid tahap 2 dan pertandingan pakaian beragam untuk tahap 1.

Sesi terakhir ialah majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh tuan guru besar. Kepada semua adalah diharapka dengan sambutan ini menambahkan lagi rasa kecintaan kita kepad junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ketaatan kita kepada Allah s.w.t dalam menjalani kehidupan seharian. 

Allah berfirman dalam surah al-Ahzab, ayat 21, maksudnya “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik untuk kamu”. 
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aishah ada dinyatakan ”Adalah akhlaknya (Rasulullah SAW) sebagai akhlak al-Quran” (hadith riwayat Muslim).
Dalil di atas menunjukkan bahawa akhlak Rasulullah SAW adalah sempurna kerana baginda mengamalkan segala ajaran di dalam al-Quran. Sesungguhnya Allah mengutuskan Rasulullah SAW kepada manusia untuk menjadi contoh terpilih, gambaran pelaksanaan yang sempurna lagi tinggi untuk kesempurnaan manusia sejagat. Sekiranya umat Islam mengikuti keperibadian Rasulullah SAW yang mulia, sesungguhnya mereka adalah manusia yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang agung, sentiasa mendapat kasih dan redha Allah.
Rabiulawal adalah bulan yang bersejarah bagi umat Islam kerana ia adalah bulan kelahiran Rasulullah SAW. Hari kelahiran Rasulullah SAW di sambut oleh umat Islam sebagai mensyukuri rahmat Allah menurunkan seorang pemimpin yang sudah mengubah suasana dan keadaan hidup manusia ke arah kejayaan. Ia juga sebagai satu saranan untuk kita mengenang dan mengimbas kembali perjuangan baginda yang penuh rintangan, bagi membetulkan akidah ummah, serta untuk kemanusiaan dan keadilan sejagat.
Kita mencintai Rasulullah SAW kerana baginda mempunyai keperibadian yang tinggi. Rasa kecintaan itu tidak cukup dengan hanya dilahirkan dengan kata-kata, atau sambutan yang pelbagai. Rasa kecintaan itu sepatutnya dilahirkan dengan meniru sifat-sifat peribadi baginda. Sifat-sifat peribadi baginda yang mulia itulah yang menyebabkan baginda di sanjung tinggi, memandu manusia kepada kehidupan yang lebih cemerlang dan bahagia, di dunia dan di akhirat.
Rasulullah SAW bersifat benar di dalam segala keadaan. Baginda tidak pernah berdusta atau menyeleweng di dalam tingkah laku. Baginda bersifat amanah sejak kecil hingga diberikan gelaran al-Amin, dan diberikan kepercayaan untuk membawa barang dagangan Siti Khadijah. Seterusnya, baginda diberikan amanah yang paling besar, iaitu dilantik menjadi seorang Rasul.
Baginda bersifat adil, tidak memihak dalam membuat hukuman walaupun terhadap keluarganya sendiri. Baginda bersabda, “Demi Allah, seandainya anakku Fatimah, mencuri, nescaya aku potong tangannya.” Di samping itu, baginda juga mempunyai keyakinan diri. Dengan keyakinan dan ketabahan baginda, Islam sampai kepada kita hari ini. Baginda begitu gigih dan tekun dalam kehidupan. Semasa kecilnya, baginda menjadi pengembala kambing, kemudian berniaga pada zaman remaja, akhirnya berdakwah menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah. Baginda begitu cekal dan cekap menjalankan tugas di semua bidang seperti pengurusan rumahtangga, pentadbiran negara dan di medan perang. Baginda juga mempunyai sifat kesungguhan dalam usahanya menyebarkan Islam, menyatupadukan umat Islam dan melakukan ibadah kepada Allah. Baginda tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi tekanan daripada puak Quraisy.
Kecintaan kita kepada Rasulullah SAW menandakan wujudnya iman di dalam diri kita. Baginda bersabda, ” Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman hingga aku lebih dicintai daripada ayahnya,  anaknya dan seluruh manusia.” (hadith riwayat Bukhari)
Betapa mulia dan tingginya Rasulullah berdasarkan pada perbincangan di atas. Ia sudah cukup untuk kita menjadikan baginda idola kehidupan kita. Bagaimanakah caranya untuk  kita merasa dekat dengan baginda? Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (hadith riwayat Tarmizi) Oleh itu sama-samalah kita melazimi selawat ke atas Nabi junjungan kita, Muhammad SAW, Allahhumma solli ‘ala Muhammad.
 kelebihan selawat kpd nabi..

Peserta Rumah Merah

Peserta Rumah Kuning

Peserta Rumah Biru

Peserta Sekolah Agama Rakyat

Guru Besar dan kakitangan turut menyertai perarakan

Antara Komuniti Yang Turut Serta

Berselawat

khusuk Mendengar Ceramah

Penerima Hadiah Pertandingan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...