Monday, August 25, 2014

Peperiksaan UPSR 2014


25 Ogos 2014 - Peperiksaan UPSR 2014 kini semakin menghampiri kita dalam tempoh kurang dua minggu lagi. Namun ianya tidak dapat mematahkan semangat untuk belajar bagi semua murid darjah enam SK Felda Jerangau Barat yang bakal menduduki peperiksaan ini pada tahun ini berkat usaha masing-masing dan juga bantuan terbaik oleh para guru-guru yang mengajarnya dan ibu bapa.

Jangan berputus asa wahai murid-murid darjah 6 SKFJB 2014.
Usaha adalah tangga kejayaan.
Ini bukan penamat bagi segala pembelajaran adik-adik.
Buktikan yang anda semua boleh lakukannya dengan baik demi kecerahan masa hadapan anda dan dapat membanggakan kedua-dua ibu bapa anda dan para guru yang bersusah payah mengajar anda selama ini.

Warga SK Felda Jerangau Barat ingin mengucapkan selamat berjaya di dalam menduduki peperiksaan UPSR 2014. Semoga usaha adik-adik selama 6 tahun di sekolah ini tidak anda sia-siakan. Mudah-mudahan doa anda, guru-guru, dan ibu bapa anda dapat membantu menenangkan diri adik-adik ketika menduduki peperiksaan serta diberkati oleh Allah S.W.T.

Selamat berjaya!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...