Thursday, August 14, 2014

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2014 dan Majlis Kesyukuran Baiah 2013 (12 Ogos 2014)

Peristiwa: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2014 dan Majlis Kesyukuran Bai'ah 2013.
Tarikh: 12 Ogos 2014
Lokasi: Dewan, Kantin dan Dataran Perhimpunan SK Felda Jerangau Barat
Masa: 7.30 pagi - 1.00 tengah hari

12 Ogos 2014 - SK Felda Jerangau Barat telah menganjurkan dua peristiwa yang serentak di bulan Syawal yang mulia ini iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2014 dan juga Majlis Kesyukuran Baiah 2013. Seramai lebih daripada 20 dif-dif kehormat dan jemputan yang hadir ke majlis yang serba meriah tetapi sederhana ini. Kami ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tuan-tuan/puan-puan kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis kami ini.

Sekolah kami mengemukakan keunikan yang menarik dan teristimewa yang disediakan sepanjang majlis ini berlangsung di mana segala proses yang berlaku adalah disiarkan secara langsung melalui media inovasi sekolah kami iaitu siaran Citra TV untuk visual, dan siaran radio Mentari FM di frekuensi 90.00 FM untuk audio.

Antara acara-acara yang disediakan:
  • Memperdengarkan dan bacaan surah Yasin.
  • Persembahan Hari Raya oleh murid-murid SK Felda Jerangau Barat.
  • Cikgu YM. Tengku Halim dan Cikgu Wahidah bertindak menjadi MC (pengerusi majlis) sepanjang majlis ini berlangsung.
  • Peragaan pakaian-pakaian hari raya terbaik (Pertandingan Baju Raya Tercantik) oleh murid-murid sekolah.
  • Dendangan lagu-lagu raya dan ucapan Hari Raya daripada warga SK Felda Jerangau Barat melalui siaran radio sekolah Mentari FM oleh DJ radio sekolah iaitu DJ Mira(?).
  • Sesi penggambaran bersama warga SK Felda Jerangau Barat mengikut warna baju masing-masing.
  • Sesi penggambaran bersama dif-dif jemputan.
  • Dan lain-lain.
Pada kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin daripada warga SK Felda Jerangau Barat. Semoga bulan Syawal ini menjadi makna yang baik bagi anda semua.


Antara foto-foto sepanjang peristiwa ini:
Lihat koleksi foto-foto lain di SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...