Wednesday, January 21, 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah (20 Januari 2015)

Peristiwa: Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Tarikh: 20 Januari 2015
Hari: Selasa
Lokasi: Persekitaran Felda Jerangau Barat

21 Januari 2014 - Selepas berakhirnya Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada pagi tersebut, SK Felda Jerangau Barat telah mengadakan satu sukan kejohanan merentas desa bagi peringkat sekolah pada waktu petang. Merupakan antara sukan tahunan seperti tahun-tahun lepas, ianya diadakan dengan bertujuan untuk membantu pada murid menyihatkan tubuh badan mereka. Di samping itu, ianya juga diadakan adalah untuk mencari wakil sekolah untuk dibawa bertanding ke peringkat pertandingan yang bakal diadakan di tempat lain.

Sukan ini bermula pada pukul 2.30 petang, dan laluan larian yang dilalui adalah merangkumi kawasan di dalam perkampungan Felda Jerangau Barat.

Murid-murid terdahulu telah diberi sedikit taklimat dan berlatih pada hari Selasa 13 Januari 2015 yang lalu.

Galeri Foto:
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Video:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...