Monday, March 2, 2015

Perpisahan dan Kedatangan Guru SKFJB 2015

Di mana ada pertemuan, disitulah juga ada perpisahan. Inilah yang telah dihadapi oleh dua orang guru berpangkat tinggi yang telah lama berkhidmat di SK Felda Jerangau Barat baru-baru ini. Mereka yang dimaksudkan ialah mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) iaitu En. Faizo b. Mat, dan mantan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Musa Khan b. Kana.

Atas arahan oleh pihak atasan, En. Faizo b. Mat telah ditukarkan ke SK Seri Buluh, Kuala Berang, Terengganu untuk ditugaskan sebagai guru PK HEM yang baru di sana, berkuatkuasa pada 16 Disember 2014, manakala En. Musa Khan b. Kana pula telah ditukarkan ke SK Bukit Diman (kini ditukar sekali lagi ke SK Peroh) untuk ditugaskan sebagai guru PK Pentadbiran yang baru di sana, berkuatkuasa pada 1 Mac 2015.
Ketiadaan mereka di sekolah ini telah banyak memberi impak kepada mana-mana aspek, namun kekosongan ini telah pun diisi oleh guru baru yang menggantikannya. En. Faizo b. Mat telah digantikan oleh En. Ismail b. Mat Yaman. Sebelum ini beliau telah bertugas sebagai guru PK HEM di SK Peroh, Hulu Terengganu. Manakala untuk En. Musa Khan b. Kana, beliau telah diganti oleh guru dari sekolah ini juga iaitu Pn. Wahidah bt. Abd. Halim.

Sekolah ingin mengucapkan selamat datang kepada En. Ismail b. Mat Yaman dan selamat bertugas kepada Pn. Wahidah bt. Abd. Halim sebagai guru-guru penolong kanan baru sekolah ini.

Pada hari Isnin bertarikh 26 Januari 2015 yang lepas, SK Felda Jerangau Barat telah pun menganjurkan majlis pertemuan dan perpisahan untuk mantan PK HEM En. Faizo b. Mat bagi mengenangkan kembali jasa-jasa yang telah pernah banyak beliau sumbangkan ke arah peningkatan dalam prestasi sekolah.

Sekolah juga ingin juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Faizo b. Mat dan En. Musa Khan b. Kana di atas jasa dan sumbangan mereka kepada sekolah ini. Kami berdoa agar mereka dapat bertugas dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi penolong kanan masing-masing di tempat baru mereka dengan lebih telus dan amanah.

Galeri Foto
Lihat koleksi foto lain DI SINI.

Video:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...