Untuk mendapatkan info:
Halaman
Test
| PENGENALAN SEKOLAH | SUDUT PENTADBIRAN | SUDUT ICT | LAIN-LAIN KATEGORI |
|
• Sejarah, Cogan Kata (Moto), Visi,
• Piagam Pelanggan, dan Objektif Sekolah • Lagu Negaraku, Terengganu, dan Sekolah • Logo dan Bendera Sekolah |
• Dari Meja Guru Besar
• Carta Organisasi Pengurusan • Sistem Staf dan Alumni |
• Aduan Kerosakan
• Tempahan Makmal ICT • YouTube Rasmi • Muat Turun Kertas EXAM |
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid • Pendidikan Islam (Dakwah) • KO-Kurikulum • PiBG |
Monday, April 15, 2013
Thursday, April 4, 2013
Friday, March 29, 2013
Jadilah Guru Yang Hebat
Guru yang hebat dan cemerlang perlu memiliki ciri-ciri berikut:
- Berpegang teguh kepada prinsip 'Amal Ma'aruf Nahi Mungkar'- melakukan kebaikan mencegah keburukan.
- Meletakkan ilmu dan pengajaran melebihi kepentingan peribadi.
- Sentiasa mengemaskini maklumat terbaru yang relevan dengan profesion perguruan.
- Mempunyai pengetahuan, kemahiran dalam penggunaan teknologi pendidikan.
- Tenang, pemaaf, sedia menerima teguran.
- Adil saksama dan berpandangan sama rata terhadap semua pelajar.
- Mengamalkan sikap penyayang, simpati dan penuh sabar dalam semua aktiviti melibatkan pelajar.
- Menasihati pelajar atau menegah pelajar melakukan sesuatu secara berhemah bukan dengan cara memarahi.
- Mengenali pelajar, khasnya latar belakang keluarga serta meluangkan masa untuk membincangkan masalah pelajar dengan Ibu bapa mereka.
- Mampu menghormati dan melayan pelajar secara terhormat, menerima dan memperkembangkan idea pelajar.
- Menasihati atau mengarahkan pelajar melakukan sesuatu perkara yang mereka benar-benar terlatih atau faham mengenainya.
- Menggunakan pendekatan berbeza ke atas pelajar yang mempunyai kepintaran dan kemampuan berlainan.
- Tegas, mampu mengawal kelas dan disegani dan dihormati pelajar.
- Cakna terhadap sahsiah dan tingkahlaku para pelajar.
- Memberikan nasihat I bimbingan kepada pelajar secara jujur dan ikhlas.
- Memberi motivasi dan menggalakkan pelajar mencapai kejayaan / kecemerlangan serta mampu memberikan inspirasi kepada pelajar.
- Membantu pelajar memahami dan menghayati serta menikmati dan menghargai budaya maktab dan masyarakat.
- Bijak mengurus dan menggunakan masa.
- Periang, ceria gembira, ramah, mempunyai perawakan menarik dan berperibadi menyenangkan, berjenaka dan boleh menerima jenaka.
- Memahami situasi semasa dan senario masyarakat sekeliling.
- Menghormati displin ilmu orang lain dan menghargai kelebihan orang lain
- Mampu untuk melaksanakan keIja dalam apa jua suasana (tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang).
- Mampu menjalankan peranan rnelampaui batasan bilik darjah.
- Memiliki pelbagai bakat dan kemahiran (serba boleh) bagi meningkatkan keberkesanan.
- Sentiasa menjadi model dan teladan (role model)
- Inovatif, kreatif, penuh idea, proaktif dan imaginatif dalam menjalankan tugas.
- Berani mencuba dan berflkiran terbuka.
- Menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan murid atau rakan guru.
- Bersungguh-sungguh, penuh komitmen dan bersedia melaksanakan apa juga tugas berkaitan dengan profesion, khasnya membantu kerja sekolah dan rakan sejawat.
- Minat membaca dan menyintai budaya ilmu bagi meningkatkan kemampuan iktisas serta gemar menyebarkan ilmu.
Jerangau Barat Hebat 2013 ......JEBAT - 2013
Label:
Guru dan Kakitangan
Thursday, March 21, 2013
Program Guru Penyayang
![]() |
| Semoga Panjang Umur dan sihat selalu |
![]() |
| Selamat hari lahir ( suapan sayang daripada seorang murid kepada GB ) |
Bantuan Awal Persekolahan
![]() |
| Peneraju Sekolah Pn Hjh Zaiton Mohd Yusoff ( GB ) |
![]() |
| Pendaftran |
![]() |
| YB dato' Rosol menyampaikan bantuan |
![]() |
| Peg Polis yang mengiringi majlis tunai RM |
![]() | ||
| YB berkata sesuatu kepada penerima dan ibu bapa |
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM),
PIBG
Lawatan Ke Pesta Buku Terengganu dan TTI
![]() |
| Pesta Buku |
![]() |
| TTI |
![]() |
| Bersedia Menyusuri Sungai Terengganu |
![]() |
| Sambil mendengar penerangan sepanjang menyusuri sungai |
![]() | |||||||||||
| Antara Guru Pengiring |
Label:
KoKurikulum (KO),
PSS
MTQ dan festival Nasyid Zon KDSR3 (19-20 Mac 2013)
![]() |
| 19.3.2013 ( selasa ) Di SK Peroh |
![]() |
| 20.3.2013 ( rabu ) di SK Bukit Bading |
Peserta Bercerita Perempuan berjaya menduduki tempat kedua
Peserta Bercerita Lelaki berjaya menduduki tempat ketiga
Kumpulan e-mej solihin berjaya menduduki tempat ke dua
InsyaAllah peserta bercerita perempuan dan kumpulan nasyid akan mewakili zon ke peringkat Daerah pada 3.4.2013 di SMK Bukit Diman
terima Kasih kepad semua guru yang terlibat dalam memberi sokongan dan dorongan kepada peserta2 yang mengambil bahagian.
Tuesday, February 19, 2013
Ujian Permata Pintar UKM dan Kempen 1Hari 1Sekolah 1Pelajar
Makluman Kepada Pelajar SK FELDA Jerangau Barat
- Pelajar-pelajar yang berminat digalakkan untuk menyertai Ujian saringan PERMATApintar UKM1 tahun 2013 bermula pada 1 Februari 2013 hingga 30 Mei 2013.
- Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
- Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.
- Ujian saringan UKM1 ini boleh dilaksanakan samada di sekolah, rumah dan di mana sahaja asalkan laman web berkenaan boleh dicapai . Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.
- Ujian ini adalah secara percuma dengan mengakses laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my
Syarat-syarat dan peraturan:
- Pelajar mestilah berumur umur 8 hingga 15 tahun.
- Semasa mengisi maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa / penjaga, jika didapati maklumat palsu, walaupun pelajar melepasi skor kelayakan, maka pelajar tidak layak menduduki ujian UKM2 atau USIM-1.
- Sekiranya orang lain yang menjawab soalan bagi pihak pelajar atau pelajar meniru, maka pelajar akan terperangkap semasa ujian saringan kedua UKM2 yang dilakukan dengan pengawasan.
- Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa mengisi maklumat dan menjawab soalan.
Sehubungan itu, dipersilakan semua pelajar yang layak agar dapat memanfaatkan peluang ini bagi menduduki ujian tersebut.
Harap Maklum.
Sekian terima kasih.
MAKLUMAT INI DIPERLUKAN. SILA SEDIAKANNYA SEBELUM KE BILIK KOMPUTER.
1. Maklumat Pelajar
Label:
Hal Ehwal Murid (HEM)
Subscribe to:
Posts (Atom)

































